Sabtu, 3 Julai 2010

Kubur Pahlawan Perang Padang Kachung

Padang Kachung terletak di Kuala Telemung, Hulu Terengganu. Tempat ini berlaku pertempuran antara pahlawan Melayu yang menyertai pehimpunan menentang dasar British. Seramai 12 orang terkorban dan jenazah ditanam di kawasan Masjid Kuala Telemung.
Kubur ini juga dikenali sebagai Kubur Dua Belas atau Kubur Besar tertanam perjuang yang mati bertempur dengan polis pada tahun 1928. Pada asalnya pejuang ini ingin berjumpa dengan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah di Kuala Terengganu.
Tetapi mereka melaporkan kepada Sultan Sulaiman bahawa petani-petani Kuala Telemong hendak memberontak. Lalu di hantar pasukan polis untuk menghalang kemaraan petani dan berlaku perperangan di Padang Kachung.

Al Fatihah untuk pahlawan Melayu

Tiada ulasan: