Khamis, 8 Julai 2010

Rempit Di Litar Stadium Sultan Mizan

Perlumbaan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS pusingan Ke 5 akan diadakan pada 9 - 10 Julai 2010. Perlumbaan ini akan di adakan di Litar Kompleks Stadium Sultan Mizan, Gong Badak, Kuala Terengganu.
Persiapan sedang giat dijalankan dengan meletak pagar di sekeliling litar. Di samping itu papan tanda, kain rentang dan bendera penaja perlumbaan dipasang disekeliling litar. Ini menambah keceriaan kawasan berlangsung perlumbaan motorsikal dan menarik orang ramai menonton perlumbaan ini..
Litar Gong Badak sepanjang 932 meter menjanji saingan sengit pelumba-pelumba untuk merebut kejuaraan pusingan ke lima. Sebanyak 6 selekoh kanan dan 2 selekoh kiri menunggu pelumba untuk mengatasi satu sama lain.
Litar ini amat berbeza dengan Litar Antarabangsa Sepang kerana litar Gong Badak adalah pendek dan sempit. Kemahiran dan pengalaman diperlukan untuk mengatasi litar yang sukar dan seterus untuk menambah mata.
Gerai penaja-penaja, khemah pertugas dan lori stesyen TV dihias dengan gambar-gambar motorsikal dan berwarna-warni di kawasan litar menambah kemeriahan kejohanan.

Jangan lupa esok ke litar menyaksi perlumbaan Cup Prix pusingan ke 5.

Tiada ulasan: