Ahad, 18 Julai 2010

Festival Gamelan Sedunia


Muzium Negeri Terengganu akan mengadakan Festival Gamelan Sedunia pada 23-25 Julai 2010 di Dataran Syahbandar, Bandaraya Kuala Terengganu. Waktu persembahan dari 5.30 - 6.30 petang dan 9.00 - 11.30 malam. Festival ini akan disertai oleh kumpulan gamelan daripada dalam negeri dan luar negeri.
Kumpulan luar negeri yang akan menyertai festival ini ialah dari bali, Pulau Jawa, Gabungan Eropah dan Jepun. Kita akan dapat mengenali gamelan dunia dengan lebih dekat lagi. Bermacam lagu akan dimain dengan menggunakan alat muzik gamelan yang mengasyikan.
Gamelan berasal dari Riau Lingga mula bertapak di Terengganu pada akhir tahun 1800. Gamelan ini mula berkembang di Istana Kolam dengan kewujudan Kumpulan Gamelan Di Raja Terengganu. Pada 1972, Kerajaan Terengganu menubuh Kumpulan SUKTRA dengan menjadikan gamelan teras keseniaan.
Bagi sesiapa yang ingin melihat peralatan muzik gamelan seperti gambang, aksesori penari seperti dokoh, lagu-lagu gamelan seperti Lagu Timang Burung dan gerak geri tari datang sendiri menyaksikan festival yang bertaraf dunia.

Nombor Telefon Muzium Negeri Terengganu 09 622 1444, http://museum.terengganu.gov.my/

Tiada ulasan: