Isnin, 12 Julai 2010

Menara Keindahan Marang

Menara ini terletak di tepi sungai, bandar Marang. Untuk sampai di sini anda perlu membelok ke kanan ( dari arah Dungun) di Lampu isyarat Bangunan MARA/Majlis Daerah Marang atau belok ke kiri ( dari arah Kuala Terengganu). Bandar Marang dengan Bandaraya Kuala Terengganu sejauh 20 km sahaja.
Menara yang setinggi 20 kaki dibina di tepi sungai bagi memudah pelancong melihat dan menekmati pemandangan yang indah di kawasan sungai dan muka kuala. Dari sini kita akan dapat melihat bandar Marang seperti masjid, pasar, pasar minggu, deretan kedai makan dan bangunan perniagaan.
Jauh di sana ternampak Pulau Kapas yang tersergam indah. Kelihatan juga muka kuala yang dilingkung batu pemecah ombak. Kawasan ini menjadi tumpuan kaki pancing kerana terdapat banyak ikan.
Pokok rhu yang menghiasi tebing pantai menambah seri dan kehijuan di sekitar pantai. Di tambah lagi kumpulan burung yang sedang berterbangan di udara dan sekali-kala terbang ke bawah untuk mendapat ikan di sungai.
Kelihatan bot-bot nelayan sedang berlabuh dan ada yang juga yang sedang membersih bot. Di darat terdapat nelayan sedang membaiki pukat dan jaring.

Tidak rugi jika datang ke sini untuk merakam aktiviti nelayan yang sibuk dengan kerjanya untuk dijadikan satu kenangan yang indah.

Tiada ulasan: