Isnin, 5 Julai 2010

Menginap Dalam Suasana Hutan

Anda pernah tidor dalam hutan? Jika anda belum pernah merasa, ini peluang untuk merasa. Datang ke Hutan Lipur Sekayu, Hulu Terengganu untuk menginap di sini bersama keluarga atau mengadakan aktviti tahan lasak di sini.
Sebelum datang sebaiknya anda membuat pertanyaan & tempahan Pejabat Hutan Lipur Sekayu ( Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu ) 09 688 2510. Sekiranya anda ingin mengadakan mesyuarat atau aktiviti tahan lasak, Kakitangan Pejabat Hutan boleh mengaturkan.
Untuk menginap di sini, anda boleh memilih chalet yang mempunyai alat hawa dingin dengan harga RM60 satu malam (10 buah), Chalet berkipas dengan kemudahan memasak RM50 satu malam ( 2 buah) dan rumah rehat yang mengandungi 3 bilik dengan harga RM60 satu malam ( 2 buah). Sekiranya chalet ini penuh anda boleh menempah chalet kepunyaan Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT) yang bersebelahan dengan chalet kepunyaan Pejabat Hutan. Chalet MDHT mempunyai 25 buah dan keterangan lanjut hubungi MDHT 09 681 1466.

Selamat merasa kehebatan bermalam di hutan Sekayu.

2 ulasan:

1 malaysia berkata...

wow menarik bro.

wamora wasa berkata...

ya betullll,,memang hebat