Jumaat, 9 Julai 2010

Membuat Bubu

Bila sebut bubu, semua orang tahu sejenis alat untuk menangkap ikan. Pernah tengok orang membuat bubu?. Majoriti ramai tidak pernah tengok. Mahu tengok?
Jika anda ingin melihat orang membuat bubu, datang ke Pantai Kijing, Marang. Tidak jauh dari pusat Bandaraya hanya 18 km anda sudah sampai. Di bawah pokok kelapa antara sungai dan pantai, di situlah tempat membuat bubu.
Menggunakan kayu gelam sebagai bingkai dan dawai mata punai untuk membuat bubu. Bubu ini boleh ditempah mengikut kegunaan di laut dan di sungai. Untuk bubu laut size adalah 3 kaki x 4 kaki. Bubu sungai lebih kecil dari bubu laut denagn size 2 kaki x 1 kaki.
Sesiapa yang ingin melawat tempat membuat bubu bolehlah menghubungi Pak Badul 014 834 0783.

Selamat menyaksikan kehebatan Pok Badul membuat bubu.

Tiada ulasan: