Sabtu, 10 Julai 2010

Nelayan Pantai

Nelayan Pantai menangkap ikan menggunakan pukat tarik. Mereka menangkap ikan disekitar 30 - 50 kaki dari pantai. Untuk melihat aktiviti ini, anda boleh pergi mana-mana pantai di Daerah Marang. Aktiviti ini saya rakam di Pantai Kijing pada jam 12 tengahari.
Mereka menggunakan sebuah bot untuk membawa jaring dari hujung pantai dan melengkung ke tepi pantai. Seramai lapan orang digunakan untuk menangkap ikan. Proses menangkap ikan bermula apabila punca tali jaring dipegang di pantai dan bot akan bergerak ke arah laut.
Dalam perjalanan ke laut ( lebih kurang 50 kaki dari pantai), jaring dilepas secara perlahan-lahan ke dalam air. Apabila sampai jarak dikehendaki, bot akan belok ke kiri dan mengerak secara mendatar. Setelah jarak mendatar yang dikehendaki mencukupi maka bot akan menuju ke arah pantai.
Apabila hampir sampai ke pantai, punca tali jaring mula di tarik ke darat. Mereka tarik serentak di sebelah kiri dan kanan. Proses menarik jaring ke pantai memakan masa hampir sejam. Tarikan jaring ke darat menyebabkan ikan-ikan akan terperangkap di jaring. Ikan-ikan yang dipereolehi ialah ikan kakap, kerapu dan sebagainnya.

Tiada ulasan: