Isnin, 9 Ogos 2010

Moliggen Boss

Kelab Golf Bukit Besi terletak di Bukit Besi, Dungun. Padang golf yang berkeluasan 74 hektar mempunyai 18 lubang dengan panjang keseluruhan 6,058 meter dengan Par 72. Kawasan ini pada asalnya adalah hutan telah diubahsuai sebagai padang golf dengan mengekal konsep rimba.
Moliggen bos. Pemain golf akan meminta moliggen kepada pemain lain apabila pukulannya masuk air atau di luar kawasan (OB). Biasa moliggen atau pukulan percuma diberi apabila tee off tidak menjadi. Maka pemain itu boleh memukul sekali lagi dan pukulan yang tidak menjadi tidak dikira. Pemain golf yang memiliki handicap rendah akan memberi moliggen kepada pemain handicap yang tinggi (20-24).
Lapangan ini mempunyai fairway yang cukup mencabar kepada pemain golf. Di lubang 9 pertama, anda akan diuji dengan fairway yang panjang dengan halangan bunker dan tasik. Di lubang 9 kedua, pemain golf akan menghadapi fairway pendek dan sempit. Jika terlebih pukul bola anda menjadi OB dan menambah pukulan.
Green adalah tempat untuk memasuk bola ke dalam lubang. Pemain perlu mengguna kayu golf picth atau nombor 9 untuk menghantar bola ke atas green. Sekiranya bola jatuh dalam pasir (bunker) untuk mengeluarkan bola itu dengan menggunakan sand.
Putting ialah memasuki bola ke dalam lubang. Di sini menentukan berapa pukulan yang telah dibuat bermula tee off hingga putting. Pukulan yang sedikit dikira pemenang. Putting yang terbaik ialah hole in one, birdie, par, bogey atau double bogey.

INFO

Di Miliki
Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)

Kontek
Mohd Rashidi - 019 956 4760

Lokasi
Bukit Besi, Dungun, Terengganu

Green Fee
RM75 untuk seorang
RM110 untuk berdua
Bayaran termasuk buggy & Green Fees 18 lubang

Jarak
77 km dari Kuala Terengganu
33 km dari Dungun

Penginapan
Chalet 6 bilik dari RM80-RM150 yang terletak berdekatan Rumah Kelab Golf

Keistimewaan
Lubang 17, Par 5 mempunyai pemandangan yang cantik ditepi tasik yang dikenali sebagai ''signature Hole' .

 Lain-lain info - sila klik

Hotel

Agensi Pelancongan

Teksi

Bas

Penerbangan

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pandai main golf rupanya.
Razi

wamora wasa berkata...

tak pandai mana..nok main suka2 boleh la.. sekali tee off boleh gi 200 m...gurau je..

Mukhatar berkata...

OK tu, bolih juga pukul bola golf, saya tebas lalang tahu le. Padang golf ini dibina pada tahun 1993.

wamora wasa berkata...

tebas lalang tu..asas swing golf ..hehehe