Rabu, 25 Ogos 2010

Pantai Teluk Kalong

Pantai Teluk Kalong sebuah pantai yang popular dikalangan pelancong asing kerana memiliki pantai yang menawan dan menarik. Kedudukan pantai yang melengkung menyebabkan kawasan ini sesuai untuk mandi-manda.
Apabila tiba di sini anda akan terpukau apabila melihat pantai yang luas lagi cantik dan bersih. Hati anda akan merasa tenteram dan damai. Ambil tikar dan hamparkan untuk berehat sambil melihat suasana pantai yang cantik. Pokok rhu menghiasi pantai dan keredupannya menyebabkan kita merasa nyaman.
Di pantai ini juga anda dapat melihat bot-bot nelayan yang terdampar di pantai. Deretan bot ini memberi pemandangan tradisional untuk ditonton dan dirakam sebagai latarbelakang semulajadi. Bukan saja anda dapat melihat bot nelayan malah anda dapat melihat kapal-kapal besar yang sedang berlabuh berhampiran Pelabuhan KSB.
Pantai ini amat sesuai untuk menjalankan berbagai aktiviti kerana mempunyai kawasan yang luas. Di antara aktiviti yang sesuai ialah bola sepak pantai, bola tampar dan sukaneka. Selain itu aktiviti perkhemahan begitu sesuai dijalankan di sini. Untuk kaki pancing inilah tempat terdapat ikan besar seperti kerapu, ebek, pari dan lain-lain lagi.

INFO

Lokasi
Melalui Jalan Lama Kijal ke Perwaja dan selepas turun Bukit Kijal anda akan ternampak Papan tanda Pantai Teluk Kalong iaitu berhampiran Pusat Latihan Antarabangsa (Pupuk Semangat)

Jarak
130 km dari Kuala Terengganu
20 km dari Kemaman

Penginapan

Strawberry Kijal Resort Apartments
Lot 2865, Teluk Senajang,

Mukim Kijal,
24100 Kemaman,
Terengganu

Tel: 09-8623402, 09-8623403
Faks: 09-8623402, 09-8623403

Awana Kijal Apartment
No. 4A, Persiaran Bunga Melor,
Pantai Kijal, KM28, Jln Chukai-Dungun,
24100 Kijal, Kemaman, Terengganu
Tel: 09-8649612
Faks: 09-8649655

Awana Kijal Golf, Beach & Spa Resort
KM28, Jln Dungun-Kemaman,
24000 Kemaman, Terengganu
Tel: 09-8641188
Faks: 09-8641688
Laman Web: http://www.awana.com.my
Emel: awanakij@tm.net.my

Pengangkutan
Teksi, bas dan kenderaan sendiri

Perhentian Teksi Jalan Sulaimani,
24000 Kemaman, Terengganu
Tel: 09-8591773

Persatuan Kebajikan Pemandu-pemandu Kereta Sewa/Teksi
Lapangan Terbang Kerteh,
24300 Kerteh, Kemaman
Tel: 09-8262108

Stesen Kereta Sewa Dungun
23000 Dungun, Terengganu
Tel: 09-8481744

Perhentian Teksi/Kereta Sewa Jalan Masjid Abidin
(Depan Pustaka Intan, Stesen Bas MBKT)
20100 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6242694

Keistimewaan
Berhampiran dengan Pantai Penunjuk (10 minit perjalanan) dan Pantai Telaga Simpul (15 minit perjalanan).



Lain-lain info - sila klik

Hotel

Agensi Pelancongan

Teksi

Bas

Tiada ulasan: