Jumaat, 6 Ogos 2010

Tengok Penyu Berenang Di Rantau Abang

Rantau Abang adalah tempat penyu bertelur. Biasanya pada bulan April hingga Ogos adalah musim bertelur di Rantau Abang. Penyu akan mendarat pada waktu tengah malam sehingga pagi. Pantai sepanjang 3 km menjadi pilihan penyu mendarat kerana dikatakan di pantai ini mempunyai ibu penyu.
Di tepi pantai ini terdapat kawasan penetasan telur penyu. Telur penyu yang dikutip akan ditanam dalam pasir tujuan kajian dan pemeliaharan supaya tidak mati dimakan burung. Telur ini akan diram selama 60 hari.
Di sebelah pusat penetasan terdapat takungan pembiakan penyu. Anak-anak penyu yang baru lahir akan diletakan dalam takungan air. Di sini pihak Pusat Penyu & Ekosistem Marin (TUMEC) membuat kajian tentang habitat dan pemuliaharaan dari pupus.
Anda dapat melihat penyu agar, karah dan lipas sedang berenang dalam takungan air. Pada tahun 1980 an pantai ini menerima kunjungan penyu belimbing sebayak 800 ekor. Penyu belimbing merupa spesis penyu terbesar seberat 1.5 tan dan mampu bertelur 60-120 biji. Keanehan penyu ialah apabila bertelur air mata akan keluar dan penyu ini sanggup datang beribu-ribu batu seperti dari Amerika semata-mata untuk bertelur di Rantau Abang.
INFO
 Tumec menerima peruntukan RM5 juta tahun depan
 20 penyu mati terperangkap dalam pukat pari sehingga Ogos 2006 dilaporkan di Terengganu
 499,565 anak penyu belimbing dilepaskan ke laut 1961-2005
 1,158,831 anak penyu agar dilepaskan ke laut 1990-2005
 12,792 anak penyu lipas dilepaskan ke laut 1990-2005
 12,726 anak penyu karah/sisik dilepaskan ke laut 1990-2005
 800 sarang penyu belimbing pada awal 1980-an
 5 sarang penyu belimbing tahun ini
 4 daripada 7 spesies penyu yang wujud di dunia mendarat dan bertelur di pantai Terengganu
 80-85 peratus telur penyu berjaya dieram setiap tahun
 15-20 peratus telur penyu tempatan di jual di pasar
 11 kawasan rezab penyu termasuk terbaru di Telaga Papan, Setiu
Kepunyaan
Pusat Penyu dan Ekosistem Marin (TUMEC)
(TURTLE AND MARINE ECOSYSTEM CENTER), Jabatan Perikanan Malaysia,
Rantau Abang, 23050 Dungun, Terengganu, Malaysia
No. Telefon: +609 845 8169/+609 845 8169
No. Faks: +609 845 8017
Email: tumec@fri.gov.my

Jarak :
60 km dari Kuala Terengganu
15 km dari Dungun

Musim Bertelur:
April hingga Ogos

Jenis Penyu
Agar, Karah, Lipas
Belimbing spesis penyu yang terbesar.

Pengangkutan
Teksi dan bas. Boleh dinaiki di Dungun atau Kuala Terengganu

Teksi
Stesen Kereta Sewa Dungun
23000 Dungun, Terengganu
Tel: 09-8481744

Penginapan

De Teratai Beach Resort - 017 987 8454
Turtles De Village Inn - 014 808 3137

Lain-lain info - sila klik

Hotel

Agensi Pelancongan

Teksi

Bas

Penerbangan

3 ulasan:

Mukhatar berkata...

Assalamualaikum,
Tahniah WAMORA WASA, Info yang Saudara bagi mengenai penyu amat jarang ditemui dalam mama mana majalah dan juga laman web. Saya amat tertarik dengan info ini. dulu memang saya tak minat lansung dengan telor penyu. Sekarang bila teringat nak makan telor penyu, saya cari masa lapang bawa keluarga ke Kuala Terengganu dan singgah di kedai Mat Binjai bawah pejabat BERNAMA.

wamora wasa berkata...

Mualaikumsalam... sebelum buat cerita ,,kena buat reseach sikit.. supaya cite menarik.bila menarik baru ramai nok gi..kedai mat binjai mmg sedap

Muhammad Khairuddin Lim berkata...

salam berblogging.