Jumaat, 20 Ogos 2010

Dari Jauh Aku Terliur

Dari jauh anda sudah ternampak jaluran putih di atas gunung yang sedang mengalir dan ini membuat kita tidak sabar-sabar untuk sampai. Itulah gambaran air terjun Chemerong yang tertinggi di Asia Tenggara dengan ketinggian 500 kaki.
Air terjun di sini amat cantik dengan suasana hutan yang menghijau. Tempat yang luas memberi keselesaan kepada pengunjung untuk memilih untuk berkelah. Air yang jernih menyebabkan kita teruja untuk turun berendam. Airnya cukup dingin dan menyegarkan. Kawasan ini juga banyak terdapat pokok herba seperti tongkat ali.
Berdekatan dengan air terjun ini terdapat pokok cengal yang tertua yang berusia 1,200 tahun dengan ukur lilit 1,675 cm. Selain itu gunung Berembun yang setinggi 100o kaki dan Gunung Berangin yang mempunyai cerita sendiri iaitu kawasan yang sentiasa berangin dan menjadi tempat bermain angin oleh penduduk tempatan.
Rasai kehebatan air terjun yang tertinggi di Asia Tenggara dan kedinginan yang tiada tolak bandingnya. Ketinggian juga menyebabkan kawasan ini dikeliling kabus yang tebal.

INFO

Lokasi
Melalui Lebuhraya Jerangau Jabor dan menghala ke kampung Pasir Raja, Hulu Dungun

Jarak
150 km dari Kuala Terengganu
80 km dari Dungun

Penginapan

Pasir Raja Rest House
Pasir Raja , D/A Pejabat Daerah,
23000 Dungun, Terengganu
Tel: 09-8481616

Homestay Kampung Pasir Raja
Bahagian Pembasmi Kemiskinan (KETENGAH)
Karung Berkunci No.3,

23409 Bandar Al-Muktafi Billah Shah,
Dungun, Terengganu.
Tel: 09-8223100 / 168 / 019-9578006
Faks: 09-8223104
Emel: mudajh@yahoo.com

Pengangkutan
Teksi dan kenderaan sendiri

Stesen Kereta Sewa Dungun
23000 Dungun, Terengganu
Tel: 09-8481744

Perhentian Teksi/Kereta Sewa Jalan Masjid Abidin
(Depan Pustaka Intan, Stesen Bas MBKT)
20100 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6242694

Lain-lain info - sila klik

Hotel

Agensi Pelancongan

Teksi

Bas

Penerbangan

Tiada ulasan: