Isnin, 30 Ogos 2010

Beli Buah Di Pasar Chukai

Pasar Chukai terletak di Jalan Sulaimani iaitu ditepi sungai. Di sini terdapat deretan gerai menjual pelbagai buah-buahan. Ada buah tempatan, ada buah yang diimport dan ada buah yang mengikut musim.
Suasana di pasar ini amat meriah. Begitu sibuk dengan pembeli yang sedang membeli buah. Buah pisang yang tergantung, longgokan rambutan berwarna merah, buah mangga yang berwarna kuning dan buah salak warna choklat. Cantikan!
Sebelum beli, anda boleh rasa dulu. Jika anda merasa buah itu sedap, baru anda boleh beli. Jika rasa masam jangan beli. Anda bebas untuk membeli 1 kg atau berapa kilogram yang anda suka.
Anda pasti dilayan dengan penuh mesra dan dengan senyuman manis. Selamat membeli.

Lain-lain info - sila klik

Hotel

Agensi Pelancongan

Teksi

Bas

3 ulasan:

City Homestay Ipoh Guest House berkata...

Salam Wamora...yang paling best buah meta.. bagi kawan2 yg tak tahu 'buah meta' tu apa, ia adalah buah manggis atau mangosteen...i like it....

Tanpa Nama berkata...

tengok wamora ketawa..manis macam buah manggis..hehehehe rasa kenan pulok pd wamora

wamora wasa berkata...

salam city.. ya buah manggis memang sedap dimakan... dulu masa kecik slalu makan semeta putik cecah dgn garam..