Selasa, 24 Ogos 2010

Dam Haji

Main dam adalah permainan tradisi orang Melayu di kampung. Permainan ini memerlukan papan 8x8 yang berpetak sebanyak 64 dan buah permainan sebanyak 12 biji sebelah. Biasanya pemain menggunakan tudung botol sebagai buah kerana mudah didapati. Dua pemain diperlukan dan keputusan permainan samada seri atau menang.
Untuk menang permainan ini pemain memerlu mengatur strategi untuk naik haji kerana buah yang naik haji boleh berjalan dua hala.Manakala buah yang belum naik haji hanya berjalan satu hala iaitu kehadapan sahaja. Buah yang tinggal sedikit akan dianggap kalah kerana pengerakan terhalang.
Permainan ini boleh dilihat di wakaf atau di kedai kopi. Permainan ini amat melekakan kerana pemain perlu khusuk mengatur strategi dan membaca pihak lawan.

NOTA
gambar ini diambil di Kuala Kemaman berhampiran pasar dan jeti perikanan.

Tiada ulasan: