Sabtu, 14 Ogos 2010

Bermain Dengan Puteri

Tasik Puteri adalah tasik buatan manusia yang ditakung dari sungai Besul. Sungai Besul pada masa dulu amat penting kepada perlombongan bijih besi kerana airnya digunakan untuk membersih bijih.
Dengan keluasan 131 hektar, Tasik Puteri menyediakan aktiviti berteraskan air. Aktiviti sukan berteras air ialah berkayak, power boat, bot kawalan jauh, paddle boat, memancing dan sukan air.
Selain daripada itu, Tasik Puteri mempunyai air terjun, kawasan perkhemahan, taman permainan kanak-kanak dan padang permainan golf. Lain-lain kemudahan surau, gerai makan, tandas dan pondok berehat.
Kunjungilah Tasik Bukit Besi yang mempunyai flora yang cantik dan sesuai dengan pelancong yang suka kepada air dan warisan sejara.


INFO

Di Miliki
Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)

Kontek
Tasik Puteri - 09 822 3100

Kelab Golf - 019 956 4760

Lokasi
Bukit Besi, Dungun, Terengganu

Green Fee Golf
RM75 untuk seorang
RM110 untuk berdua
Bayaran termasuk buggy & Green Fees 18 lubang


Rekreasi Air
Masa
8.30 pagi - 6.30 petang

Bayaran
Kayak - RM3.00 selama 30 minit
Paddle - RM4.50 selama 30 minit

Penginapan
Chalet 6 bilik dari RM80-RM150 yang terletak berdekatan Rumah Kelab Golf

Jarak
77 km dari Kuala Terengganu

33 km dari Dungun


Keistimewaan
Lubang 17, Par 5 mempunyai pemandangan yang cantik ditepi tasik yang dikenali sebagai ''signature Hole' .

Tasik yang terbesar hasilan sejarah pembangunan Bukit Besi.



Lain-lain info - sila klik

Hotel

Agensi Pelancongan

Teksi

Bas

Penerbangan


Tiada ulasan: