Sabtu, 21 Ogos 2010

Bukit Besi

Bila saja disebut nama Bukit Besi, kita akan tergambar aktiviti pelombongan yang pernah berlaku di tempat ini. Begitu sinonim dengan bijih besi dan Bukit Besi yang mencapai puncak kegemilangan pada tahun 1950-1970. Begitu hebat Bukit Besi kerana menjadi satu destinasi global oleh orang asing seperti Jepun, British,eropah, India dan China.
Bukit Besi mempunyai stok bijih besi yang banyak dan mendorong Jepun membuka lombong pada 1930 dengan membina landasan keretapi mengangkut bijih dari Bukit Besi ke stesyen Che Lijah. Pada 1936, Jepun berjaya menyiapkan terowong keretapi di Bukit Tebuk bagi menghubungi Bukit Besi dengan Kampung Nibung.
Penduduk Bukit Besi terus meningkat sehingga 6,000 orang pada tahun 1930. Pada tahun 1948, Kerajaan British bersetuju untuk menyerah lombong ini kepada syarikat British iaitu Eastern Mining & Metal Berhad (EMMCO). EMMCO melombong secara besar-besaran kerana permintaan bijih besi dunia terlalu tinggi. Pada tahun 1971, lombong telah ditutup.
Di Bukit Besi sekarang ini banyak peninggalan artifek perlombongan yang boleh kita tengok dan lawati. Di antara peninggalan bahan sejarah perlombongan bijih besi seperti tiang opal di Pantai Teluk Lipat, Terowong Bukit Tebuk, chimney, tempat memproses bijih, tempat memecah batu, rumah no 1 kolam renang dan banyak lagi.
Bagi memberi peluang kepada pengunjung melihat kesan sejarah perlombongan bijih besi, KETENGAH telah menubuh Galeri Sejarah Bukit Besi. Di Galeri ini anda boleh mengimbau kembali sejarah silam untuk dihayati melalui photo lama, peralatan perlombongan, batu yang mengandungi bijih besi dan lain-lain lagi.

INFO

Di Miliki
Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)

Alamat

Galeri Sejarah Bukit Besi
Pejabat KETENGAH
Bandar Bukit Besi,
Dungun, Terengganu

Kontek
09 833 7217

Lokasi
Bukit Besi, Dungun, Terengganu

Waktu Lawatan
Masa
Sabtu-Khamis 9.00 pagi - 4.00 petang
Jumaat & Cuti am tutup

Bayaran
Percuma

Penginapan
Kelab Golf Putri
Chalet 6 bilik
Harga dari RM80-RM150

019 956 4760


Jarak
77 km dari Kuala Terengganu

33 km dari Dungun


Keistimewaan

Bukit Besi mempunyai padang golf 18 lubang danTasik yang terbesar hasilan sejarah pembangunan Bukit Besi.

Lain-lain info - sila klik

Hotel

Agensi Pelancongan

Teksi

Bas

Penerbangan

3 ulasan:

puterifarzana berkata...

Salam ramadhan....

sy dilahirkan di Bukit Besi, ayah kerja sana, kerja di Station Master...dah arwah...kalau sedara berminat dgn gambar lama...bleh pergi ke blog saya...

http://bukitbesiku.blogspot.com/

sy izinkan...kalau berminat, kalau tak, tidak mengapa....blog tu pun dah lama xupdate...dulu semangat nk buat...lepas tu semangat tu hilang....TQ

Amri Rani berkata...

Ralat..

tersilap guna akaun anak kat atas tu...hihihi

Untuk memudahkan pelawat membuat komen, sedara disarankan menukar setting;

1. sign in akaun google sedara.
2. pergi ke SETTING (bahagian edit blog)
3. pergi ke COMMENTS.
4. Pada bahagian COMMENT FORM PLACEMENT, sedara tukarkan pada Pop-Up Window.

Selamat mencuba....TQ

wamora wasa berkata...

amri..tq atas cadangan tu.insya Allah sy akan siarkan.