Khamis, 19 Ogos 2010

Hutan Dalam Bandar

Rimba bandar adalah satu konsep untuk mewujudkan sebuah hutan dalam bandar bagi penduduk bandar menghirup udara bersih dan mengurangkan suhu panas. Di Dungun terdapat rimba bandar di Bukit Bauk yang mudah dikunjungi kerana terletak ditepi jalan utama .
Di Rimba Bandar ini terdapat dataran untuk pengunjung bersenam ringan sebelum berjogging. Sebuah trek jogging disediakan untuk pengunjung beriadah. Trek jogging dibina melalui celah-celah pokok besar dalam hutan bagi memberi kepuasan kepada pengunjung.
Di dataran ini terdapat pondok bagi keselesaan pengunjung untuk berehat dan menjamu selera. Kerusi atau bangku kecil diletak ditepi hutan bagi membolehkan pengunjung menghayati panaorama hutan yang cantik. Hutan ini juga menjadi tempat jurufoto merakam keindahan semulajadi hutan dan yang ingin latarbelakang hutan.
Rimba ini terdapat jenis kayu balak yang bermutu seperti cengal, bintan, meranti, balsa, nyatoh dan sebagainya. Pengunjung boleh melihat sendiri pokok kayu hutan dan pokok herba.


INFO

Kepunyaan :

Pejabat Hutan Daerah Terengganu Selatan - 09-844 1404

Nama :
Rimba Bandar Bukit Bauk

Lokasi :
Teletak di tepi jalan utama Dungun ke Paka

Jarak :
6 km dari Bandar Dungun
85 km dari Kuala Terengganu

Kemudahan :
  • Pusat penerangan
  • Tandas
  • Surau
  • Dataran hijau
Aktiviti :
  • Rekreasi
  • Ekopelancongan
  • Aktiviti lasak
  • Memanjat batu
  • Mendaki bukit
  • Merentas hutan
  • Flying fox
      Lain-lain info - sila klik

     Hotel

     Agensi Pelancongan

     Teksi

     Bas

    Tiada ulasan: