Rabu, 4 Ogos 2010

kita Tengok Penyu Telur

Rantau Abang adalah jenama yang amat popular. Sebut saja namanya, secara automatiknya minda kita akan terbayang penyu sedang mendarat di pantai untuk bertelur. Bukan itu saja lagu Rantau Abang nyanyian Rafeah Buang cukup senonim dengan pantai dan penyu.
Selepas saja melangkah pintu gerbang sempadan Dungun anda akan ternampak batu penyu di sebelah kanan (jika dari arah Kuala Terengganu). Sebanyak dua ekor penyu belimbing dibina ditepi jalan. selain penyu, telur penyu juga dibuat bagi menandakan pantai ini adalah tempat pendaratan penyu.
Pada bulan ogos adalah musim pendaratan penyu ke Rantau Abang untuk bertelur. Penyu dari spesis agar-agar dan belimbing datang ke pantai ini dari tengah malam hingga ke subuh hari. Apabila sampai di pantai, penyu ini akan mengali tanah untuk bertelur. Semasa bertelur mata penyu akan mengalir air mata. Anda pasti akan terpukau melihat suasana penyu bertelur kerana agak sukar untuk melihatnya.
Jadikan Rantau Abang sebagai salah satu acara percutian anda sekeluarga.


INFO

Konteks:
Pejabat Pelancongan Negeri Terengganu - +609-622 1433 & +609-622 1893

Jarak :
60 km dari Kuala Terengganu
15 km dari Dungun

Musim Bertelur:
ogos

Jenis Penyu
Agar
Belimbing spesis penyu yang terbesar.

Pengangkutan
Teksi dan bas. Boleh dinaiki di Dungun atau Kuala Terengganu

Penginapan

De Teratai Beach Resort - 017 987 8454
Turtles De Village Inn - 014 808 3137

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ini satu lagi usaha anda menonjol tempat org tak tau menjadi tempat yg menarik. tahniah..

UMAIRAH berkata...

memang hebat tempat n.... bila malam lagi menarik.... saya pernah ke tempat ini... ianya memang menarik...