Rabu, 11 Ogos 2010

Bandar Lama Kembali Hidup

Kuala Dungun pada masa dulu merupakan pusat aktiviti perniagaan yang sibuk. Di sini terdapat jeti nelayan memunggah ikan, perahu layar berulang alik ke Seberang Pintasan, Pejabat Pos, Pehentian bas dan teksi. Zaman kegemilangan Bukit Besi memberi kesan yang positif kepada Pekan Kuala Dungun.
Selepas penamatan lombong bijeh besi memberi kesan kepada pekan ini. Pekan ini mula malap apabila pembangunan pesat berlaku di Sura kerana pusat perniagaan tumbuh dengan rancak di kawasan itu.
Di sini kita dapat melihat bangunan lama yang senirekanya mendapat sentuhan tradisional tempatan. Deretan rumah kedai ini berusia lebih 50 tahun maseh gagah berdiri sepanjang jalan. Jalan ini dulu adalah pusat perniagaan yang sibuk.
Apabila berada ditebing muara sungai Kuala Dungun, kita akan dapat melihat pemadangan yang indah. Di sebelah sana terdapat perkampungan nelayan dan bot nelayan yang sedang berlabuh. Panaroma di muka kuala ini amat menarik untuk ditonton dan dirakam.
Semenjak terbina jambatan dari Kuala Dungun ke Seberang Pintasan telah merancak kembali suasana Kuala Dungun. Pehentian bas telah dipindah dari Pak Sabah ke Kuala Dungun Ini akan menghidup kembali pekan lama.

Lain-lain info - sila klik

Hotel

Agensi Pelancongan

Teksi

Bas

Penerbangan

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

lama x tgk bandar kuala dungun.. ingat masa kecik dulu naik perahu gi seb pintasan

Tanpa Nama berkata...

perahu layor pakai kain guni gandum...nostalgia tu.