Ahad, 9 Mei 2010

Agro Resort - Macam-MacaM Ada

Peladang Setiu Agro Resort atau lebih dikenali Agro Resort adalah satu destinasi yang sesuai untuk aktiviti meningkat motivasi, berseminar & kekeluargaan. Terletak di Guntong, Setiu, 80 kilometer dari Bandaraya amat popular dikalangan pelancong dalam dan luar negeri.
Pelancong akan dibawa dengan tram untuk melihat & merasai keriuhan ayam kampung , itik, angsa, burung puyuh, bunyian serangga & unggas & kambing. Kebun buah-buahan seperti mangga, rambutan, durian & sayur-sayuran serta kolam ternakan air tawar akan dibawa oleh tram dengan lebih dekat lagi.
Bangsal disediakan untuk aktiviti kekeluargaan berkumpul sambil menikmati hidangan dibawa. Anda juga boleh mengadakan barbeque dengan menyalai ikan air tawar atau daging.
Taman herba mempunyai 120 spesis herba yang mempunyai nilai khasiat & perubatan seperti tongkat ali, kacip fatimah, gajah mengawan, kerbau amuk dan sebagainya. Anda juga berpeluang merasai minuman herba yang telah direbus.
Agro Resort mempunyai taman tema beridentiti pertanian seperti ikan manja, taman arnab, kolam mandi, air terjun, tasik, sungai, berkenu & berakit. Hubungi Agro Resort 09 690 3045. www.agroresort.com

3 ulasan:

Budak Kg- SETIU, Terengganu berkata...

Terima kasih kerana menyokong agro resort setiu terengganu, maklumat lanjut boleh didapati di www.agroresort.com, agro resort juga mempunyai destinasi baru yang akan popular sedikit masa lagi iaitu Laguna Agro Resort boleh link ke http://budakkg-setiu.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

kalau lalu jgn lp singgoh...rugi tue kalau x singgoh....

Pete Malone berkata...

sya baru shj buat aktiviti satu mlm di resort ini... jungle trekking mmg best sgt.. tapi flyfing fox best skali!