Isnin, 17 Mei 2010

Lokam Di Pengkalan Gelap

Lokam jika digulai lemak atau gulai cili api memang sedap tidak terkata. Makan nasi tiga kali tambah. Di mana hendak dapatkan lokam? Ada dua tempat iaitu di Penarik & Pengkalan Gelap.
Pengkalan Gelap yang terletak 20 minit perjalanan dari Penarik, Setiu atau dari Kampung Raja, Besut. Terdapat gerai yang menjual hasil laut & kraftangan yang diusahakan penduduk tempatan disitu.
Selain daripada itu cuka nipah dan budu ada dijual disitu dengan harga yang berpatutan.
Lokam ini dijual dengan harga 80 sen satu kilogram. Lokam ini diperolehi di celah pokok nipah yang terdapat disepanjang sungai berhampiran dengan Setiu Wetland.
Gerai ini ada menjual ikan kering pelbagai jenis, belacan, lidi, lekar dan pelbagai kraftangan nipah dengan harga berpatutan. Singgah sebentar untuk membeli buah tangan untuk dibawa pulang.

Tiada ulasan: