Isnin, 3 Mei 2010

Perkampungan Rumah Tradisioanal Melayu

Perkampungan tradisional Melayu Terengganu dengan rekabentuk bumbung peleh & beratap bata yang terbesar boleh dilawati di pantai Mangkuk Penarik daerah Setiu. Kompleks rumah Melayu ini di panggil Terrapuri (tanah istana).
Terrapuri berciri Melayu tradisi Terengganu mempunyai sebuah rumah utama yang memanjang dan dibahagian belakang terdapat beberapa buah rumah. Jenis rumah-rumah yang terdapat d sini seperti Rumah Bujang, Rumah Tiang Berserambi dan Rumah Tiang 12. Bagi mengekal keaslian rumah ini, dinding rumah   
& pagar tidak dicat. Lanskapnya pula dengan mengekal pokok yang ada iaitu pokok kelapa & pokok mengkuang. pokok Cemai, pokok bunga melur ditanam di laluan jalan kaki meninggalkan kesan bau wangi.
Rumah ini diperolehi dari Jeram Tepoh, Pulau Bahagia, Pulau Manis, Pulau Duyung, Losong, Gelugur Raja, Seberang Takir, Paloh, Pulau Musang, Kubang Jela, Serada, Binjai Rendah dan Kedai Buluh
Terrapuri ini akan dijadikan resort kerana keadaan tempat ini cukup menarik. Kompleks ini mengadap laut China Selatan yang terbentang luas akan menarik para pelancong untuk menginap disini. Untuk sampai disini melalui kampung Penarik & menuju ke kampung Mangkok.

INFO UNTUK KE SINI

Lokasi
Terrapuri  terletak di Pantai Mangkok daerah Setiu tepi pantai Laut China Selatan. Untuk ke sini anda perlu ke Kampung Penarik melalui jalan pantai.

Keluasan
Terrapuri  mempunyai keluasan 4 hektar.

Jarak
50 km dari Kuala Terengganu

100 km dari Kota Bahru
21 km dari Permaisuri


Kepunyaan

Alex Lee Yun Ping
Ping Anchorage Travel & Tours Sdn. Bhd.
77A, Jalan Sultan Sulaiman, 
20000 Kuala Terengganu, 
Terengganu, Malaysia.
Tel : (609) 626 2020 
Fax : (609) 626 2022 / 622 8093 
E-mail : patrvl@tm.net.my


Harga Sewa
Dari RM500 hingga RM1,200 semalam
 
Pengangkutan


1. Bas Online

2. Penerbangan Online


3. Teksi

Stesyen Kereta Sewa/Teksi Bandar Permaisuri
22100 Setiu, Terengganu
Tel: 019-9580488


Stesen Kereta Sewa Kuala Besut

22300 Kuala Besut, Besut, Terengganu

Tel: 09-6974294

Stesen Kereta Sewa Bandar Jerteh

22200 Besut, Terengganu
Tel: 09-6979840 Tel: 09-8481744

Perhentian Teksi/Kereta Sewa
Jalan Masjid Abidin
(Depan Pustaka Intan, Stesen Bas MBKT)
20100 Kuala Terengganu, Terengganu

Tel: 09-6242694

Persatuan Pemandu-pemandu Teksi/Kereta Sewa

Lapangan Terbang Sultan Mahmud,
21300 Kuala Terengganu, Terengganu

Tel: 09-6664067


Keistimewaan
Terrapuri ini telah dikunjung seramai 4,000 orang termasuk pelancong, penyelidik dan lokasi pengambaran Merong Mahawangsa oleh KRU Production, Discovery Channel dan Amazing Race

Tiada ulasan: