Isnin, 10 Mei 2010

Boat On The Road

Bot atas jalan atau Boat On The Road yang berkonsep ekspedisi memancing sambil bersantai anjuran Berita Harian, TV3 & Kerajaan Negeri Terengganu telah diadakan pada 7-9 Mei 2010. Seramai 200 peserta dengan 50 buah pancuan empat roda telah berkonvoi dari
Kuala Lumpur Ke Tasik Kenyir. Konvoi ini sampai di Tasik Kenyir pada waktu petang & mereka ini menaiki 14 buah rumah bot untuk menuju kawasan memancing iaitu Sungai Mandak & Sungai Siput di Tasik Kenyir.
Pada tahun depan YAB Menteri Besar Terengganu menjangka 2000 peserta dengan 500 buah kenderaan pacuan empat roda akan menyertai. Hadiah utama akan dinaikkan kepada RM10,000. Para Peserta akan ditempat di pulau bukan lagi di Pengkalan Gawi seperti tahun ini.

Kumpulan Hunter telah menjadi juara Boat On The Road apabila berjaya menakluk tiga ekor ikan toman seberat 8.09 kilogram. Kumpulan ini memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM3,000 serta peralatan memancing.
Tasik Kenyir adalah tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara dalam proses pembangunan produk pelancongan dengan kerajaan memperuntukkan sebanyak RM 50 juta. Di antara projek yang akan dilaksanakan termasuk ‘Island Hopping’ yang merangkumi Santuari Kelah, Taman Herba, Taman Tema Air, Taman Orkid, Taman Burung dan Taman Tropika

Tiada ulasan: