Sabtu, 29 Mei 2010

Air Sejuk & Air Panas Kampung La

Kolam Air Panas La bukan saja mempunyai air panas tapi mempunyai sungai yang sejuk sesuai untuk aktiviti berendam. Tempat ini cukup redup kerana terletak di dalam hutan.
Apabila kita sampai pintu masuk Kolam Air Panas, kita akan melihat gerai yang menjual pelampung. Harga tidaklah mahal mana, harganya antara RM3 - RM10 bergantung pada size. Belilah untuk keselamatan anak-anak untuk bermain air sungai.
Apabila kita melalui jambatan gantung kita melihat pengunjung sedang bermain air. Airnya tidak dalam mana selamat untuk kanak 5 tahun keatas. Bawah 5 tahun, ibu bapa kena awasi.
Air sungai cukup jernih dan ternampak anak-anak ikan sedang berenang. Pasir sungai pun bersih dan sesuai untuk menjamu selera disini.
Di sini kemudahan awam disediakan seperti surau, bilik air, tempat letak kereta & gerai makan. Dari sini juga, kita boleh berjalan kaki untuk melihat Lata Berangin. Di Lata Berangin kita dapat melihat air terjun setinggi 350 kaki, Gua berbentuk bahtera, Batu Katak & Sungai yang hilang.
Jika anda ingin mendapat pemandu pelancong, tempat penginapan & untuk mengadakan aktiviti tahan lasak sila hubungi Pak Cik Din atau Kak Moh dari LA HOT SPRING PARK. 017 974 3299, 013 914 7458 & 013 938 9024.

Tiada ulasan: