Selasa, 25 Mei 2010

Bermalam Dengan Deruan Angin Dingin

Bukit Keluang Beach Resort merupakan tempat penginapan yang popular di Besut. Untuk sampai di resort mengambil 2 jam dari Kuala Terengganu, 1 1/2 jam dari Kota Bahru & 15 minit dari Jeti Kuala Besut.
Terletak di Pantai Peranginan Bukit Keluang menawarkan 64 pelbagai jenis bilik daripada harga RM180 hingga RM800 satu malam. Resort ini juga menawarkan tempat mesyuarat atau seminar dengan harga pakej yang berpatutan.
Mempunyai 2 buah kolam mandi yang cantik sesuai untuk kanak-kanak & orang dewasa. Lanskap kawasan kolam cukup cantik & menarik membolehkan kita merehatkan minda dari kesibukan kota.
Bilik tidur yang kemas dengan ukiran kayu sungguh menawan & memberi kepuasan kepada pengantin yang berbulan madu disini.
Bangunan bercorak rekabentuk tradisional Terengganu begitu hebat dipandang boleh dihubungi 09 6954 100 http://www.bkbr.com.my untuk membuat tempahan.

Tiada ulasan: