Rabu, 19 Mei 2010

Gerai Buah Di Kiri Kanan Jalan

Sekarang ini kita berada di daerah Besut di utara Terengganu. Apabila kita sampai di Kampung Pengkalan Kubur kita dapat melihat gerai buah di kiri kanan jalan. Gerai yang terdapat disepanjang jalan ini menjual
pelbagai jenis buah seperti tembikai, labu, ubi dan sebagainya. Tembikai ini di jual pada harga 80 sen satu kilogram.
Timun betik & tembikai susu yang  terdapat  di sini dijual dengan harga yang berpatutan. Agaknya musim tembikai sudah sampai kerana terlalu banyak gerai yang menjual buah tembikai.
Labu ini sedap dibuat pengat atau sayur. Selain pada itu labu ini boleh dibuat kuih seperti kuih bakar atau kuih beka.
Di gerai ini terdapat ubi keledek & telur masin. Sekira anda melihat papan tanda Kampung Pengkalan Kubur, singgah untuk membeli & membawa pulang sebagai buah tangan.

Tiada ulasan: