Sabtu, 8 Mei 2010

Kelazatan Ikan Sungai

Ikon lokam & siput merupakan simbol kampung Fikri tempat yang menghasilkan ikan air tawar & undang yang terbesar Terengganu.
Sungai yang mempunyai pokok nipah adalah tempat yang sesuai untuk pembiakan lokam & undang. Di sini tempat mengeluarkan undang harimau yang berharga RM20 satu kilogram.
Pelancong boleh melihat beratus-ratus kolam ikan memelihara bermacam jenis seperti siakap, kerapu dan sebagainya. Pelancong juga boleh merasa kesedapan buah nipah & melihat kehidupan seperti ketam, siput hitam, belungkor di tepi pokok nipah.
Hasil ikan sembilan yang boleh didapati di sungai Penarik akan dipasar kepada kedai-kedai makan & gerai ditepi jalan.
Apabila kita melalui jalan Pengkalan Gelap, kita akan melihat kolam ikan disepanjang sungai. Di sini banyak terdapat kawasan menternak ikan melalui takungan jaringan atau kolam. Anda akan teruja untuk melihat lebih dekat lagi.

2 ulasan:

Halimsaleh berkata...

Mu makang dok ikang sungai ?

wamora wasa berkata...

ikan sungai..sedappppp sangat