Rabu, 12 Mei 2010

Agro Resort - Dikelilingi Air

Agro Resort mempunyai dua buah Kolam renang yang sesuai untuk kanak-kanak & orang dewasa. Kolam renang untuk orang dewasa berbentuk bulat & mempunyai air terjun dua
tingkat buatan manusia yang cantik. Untuk kanak-kanak pula, kolam tersebut mempunyai gelongsor air & jambatan pendek yang merentasi kolam. Ada laluan air dibawah jambatan ini.
Jika anda suka bermain rakit, bot kayuh & kayak, anda dapat menyusuri Pulau Bunga Wangi.
Agro Resort dikelilingi air yang mengalir melalui tepi bilik penginapan. Apabila kita membuka tingkap, ternampak ikan bermain dalam air. Mesti anda teruja apabila melihatnya yang tiada terdapat ditempat anda.
Mempunyai 58 buah chalet berciri senibina tradisional Melayu menawarkan harga chalet dari RM89.00 satu malam hingga RM390.00 satu malam. Selain daripada itu Agro Resort menawar tempat seminar & aktiviti bina semangat.
Aktiviti lasak seperti kembara hutan, flying fox, abseiling, rempuh halangan boleh diperolehi disini. Berkonsep agrotourism anda pasti mengalami satu keunikan yang tiada tempat lain. Cuti sekolah ini bawalah keluarga anda untuk berehat disini. Hubungilah 09 6903045/690 2245 untuk tempahan. www.agroresort.com

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

utk sampai ke tmpt nie dl terpaksa melalui jln y berliku..skrg dh ada jln br blh memendekan perjlnan anda ke resort ini.... seandainye inginkan ketenangn n jauh dr kesesastn kota, agro resort mmg sesuai utk percutian keluarga...pelbagai xtv y anda blh ikuti tidak lupa xtv lasak bg y berminat. resort ini memiliki pakar dlm xtv lasak y d panggil mr.jungle...nak th lebh lanjut jgn lp singgah d agro resort satu destinasi percutian y menarik....