Khamis, 22 April 2010

Hospital Kuda Moden di TIEP

Terengganu International Endurance Park (TIEP) terletak di Lembah Bidong, Setiu iaitu 35 km dari bandaraya melalui jalan pantai. Di sini berlangsung sukan kuda lasak peringkat kebangsaan dan dunia.
Kejohanan ini dipertanding pada tahun 2004. Penubuhan TIEP adalah cetusan idea Yang Dipertuan Agong yang juga Sultan Terengganu dengan memperkenalkan Cabaran Kuda Lasak Terengganu Piala Sultan .
Pada tahun 2008, Terengganu telah menganjurkan Kejohanan Kuda Lasak Dunia di mana Yang Dipertuan Agong Malaysia turut menyertai pertandingan sejauh 180 km. Sebanyak 21 buah negara dan  15 penunggang tempatan telah menyertai kejohanan tersebut.
Gelanggang TIEP ini dianggap unik dan  mencabar oleh Penunggang antarabangsa kerana laluan pelbagai rupa bentuk bumi. Di antara laluan ialah pasir berdebu, tepi pantai, ladang kelapa sawit  dan  tanah beralun dengan cuaca yang panas.
Sebuah hospital khusus untuk merawat kuda di Taman Endurance Antarabangsa Terengganu (TIEP) akan memulakan operasi pertama hari ini. Penubuhannya juga bertujuan meningkatkan kemudahan bertaraf antarabangsa di taman perlumbaan kuda lasak itu.Hospital yang pertama di Pantai Timur mampu merawat 300 ekor kuda pada satu masa. Waktu operasinya akan ditambah berdasarkan permintaan.   Beroperasi setiap Jumaat dan Sabtu bermula pukul 9 pagi hingga 5 petang. Di antara kelengkapan yang disediakan di hospital itu adalah kemudahan sinar-X, ultrasound dan pengambilan darah.
TIEP cukup cantik untuk dikunjungi dengan dihiasi pintu gerbang berbentuk ladam dan pokok renek dibentuk seekor kuda. Tempat penginapan yang paling berdekatan ialah Sutra Beach Resort.

Begitu hebatnya Terengganu memiliki gelanggang kuda dan hospital kuda yang bertaraf dunia.


INFO UNTUK KE SINI

Lokasi
TIEP  terletak di Batu Rakit, Setiu. Untuk ke sini anda perlu melalui jalan pantai ke Merang..


Trek
Mempunyai trek perlumbaan sejauh 180 km.

Jarak
35 km dari Kuala Terengganu
120  km dari Kota Bahru
35  km dari Permaisuri



Penginapan

Kembara Resort
Lot 474, Pantai Peranginan Merang,
21010 Setiu, Terengganu
Tel: 09-6531770
Faks: 09-6531900

Homestay Kampung Rhu 10
Persatuan Nelayan Kawasan Setiu,
Lot 6494, Kampung Rhu 10,
22120 Setiu, Terengganu
Tel: 09-6927921
Faks: 09-6927921

Merang Suria Resort
Lot 1841. Kg Rhu Tapai,
21010 Setiu, Terengganu
Tel: 09-6531600
Faks: 09-6531601

Nelayan Resort
Persatuan Nelayan Kawasan Setiu,
Lot 6494, Kg. Rhu 10,
22120 Setiu, Terengganu
Tel: 09-6977921, 019-9137380
Faks: 09-6977921

Pandan Laut Beach Resort
Lot 390, Pantai Perangginan Rhu Sepuluh, Penarik,
21010 Setiu, Terengganu.
Tel: 013-6812495
Laman Web: http://www.pandanlaut.com

Peladang Setiu Agro Resort
Lot 3912, Gunton,
22040 Setiu, Terengganu
Tel: 09-6902240/41/45
Faks: 09-6903482

Penarik Inn
Lot 31, Kg. Baru Penarik,
22120 Setiu, Terengganu
Tel: 09-6977816, 013-3260564
Faks: 09-6243318

Rhu Sepuluh Guest House
Kem Bari,
D/A Majlis Daerah Setiu,
Terengganu
Tel: 09-6099434

Rumah Rehat Setiu
C/O Pejabat Daerah Setiu,
22100 Permaisuri, Setiu,
Terengganu
Tel: 09-6090508
Faks: 09-6099017

Sutra Beach Resort & Spa
Kampung Rhu Tapai Merang,
21010 Setiu, Terengganu
Tel: 09-6531111
Faks: 09-6531226
Laman Web: http://www.sutrabeachresort.com.my

Teamate Training Resort
Lot 252, Pantai Peranginan Merang,
21010 Setiu, Terengganu
Tel: 019-9368463

The Aryani Resort
Kg. Rhu Tapai-Merang,
21010 Setiu, Terengganu
Tel: 09-6532111
Faks: 09-6694948



 
Pengangkutan


3. Teksi

Stesyen Kereta Sewa/Teksi Bandar Permaisuri
22100 Setiu, Terengganu
Tel: 019-9580488

Stesen Kereta Sewa Kuala Besut

22300 Kuala Besut, Besut, Terengganu

Tel: 09-6974294

Stesen Kereta Sewa Bandar Jerteh

22200 Besut, Terengganu
Tel: 09-6979840 Tel: 09-8481744

Perhentian Teksi/Kereta Sewa
Jalan Masjid Abidin
(Depan Pustaka Intan, Stesen Bas MBKT)
20100 Kuala Terengganu, Terengganu

Tel: 09-6242694

Persatuan Pemandu-pemandu Teksi/Kereta Sewa

Lapangan Terbang Sultan Mahmud,
21300 Kuala Terengganu, Terengganu

Tel: 09-6664067

Keistimewaan
TIEP menjadi tumpuan penunggang bertaraf dunia untuk menyertai Kejohanan Kuda Lasak pada setiap tahun dan mempunyai kemudahan penjagaan kuda bertaraf dunia..

Tiada ulasan: