Isnin, 12 April 2010

Dari Tengah Ke Utara Terengganu

Terengganu memang dikenali tempat yang menarik sesuai untuk berehat, membeli belah, makanan yang unik lagi sedap, tempat menimba ilmu dan lain-lain lagi. Pendek kata Terengganu memang destinasi serba lengkap untuk anda sekeluarga menikmati apa yang di hajati.
Saya akan membawa anda dari bandaraya Kuala Terengganu ke daerah Besut. sejauh 110 km melalui jalan alternatif (pantai) & balik melalui jalan utama.
Anda ingin menjelajah lembah ilmu di Gong Badak...silakan
Ingin menikmati kesejukan air terjun & kehangatan air panas
atau menyusuri jalan pantai sambil menikmati desiran ombak & tiupan angin..


Maka apa lagi...teruskan perjalanan anda ke destinasi yang anda ingini seperti pantai, sungai, pulau, tasek, air terjun, bukit, gunung dan muka kuala yang sungguh indah lagi terpesona. Anda jangan terkejut bila anda tidak berasa puas dan  ingin datang lagi.. itulah kehebatan  Terengganu.

Lain-lain info - sila klik

Hotel

Agensi Pelancongan

Teksi

Bas

Penerbangan

Tiada ulasan: