Jumaat, 30 April 2010

Masjid Tiupan Angin Pantai

Masjid Penarik yang dibina di antara sungai Penarik dengan pantai Penarik mewujudkan suasana yang indah. Tiupan angin pantai membuat kita merasa selesa & menghilangkan rasa peluh dibadan. Para pelancong yang datang dari arah Kuala Terengganu atau dari Besut akan berhenti untuk bersembahyang.
Masjid ini baru siap 3 tahun lepas berharga RM3 juta bagi mengganti masjid lama. Masjid baru ini boleh memuat jemaah seramai 1000 orang. Kemudahan bilik air & tandas disediakan kepada pengunjung disamping kawasan meletak kereta yang luas.


Di depan masjid terdapat beberapa gerai yang menjual makanan seperti nasi ayam, nasi berlauk & masakan panas. Masakan popular disini ialah ikan percik. Ikan sudah pasti segar kerana berdekatan dengan tempat pendaratan ikan.

Tiada ulasan: