Jumaat, 16 April 2010

Pantai Rhu Kubang Badak

Terletak dari 20km dari pusat bandaraya & dibelakang Universiti Malaysia Terengganu sertai berhampiran Kem Pasukan Gerak Am.
Mempunyai tempat duduk yang cantik untuk berehat samada untuk berehat di kerusi batu atau pondok wakaf.
Gerai kecil yang menjual minuman & makanan ringan seperti kerepok goreng,fishball, fish cake, ikan celup tepung boleh diperolehi disini. Harganya sekitar RM1-RM2 secucuk.
Kerusi ini diletak dibawah pokok rhu supaya pengunjung tidak terkena sinaran matahari. Tiupan angin laut yang nyaman mampu membuat kita terlelap sekejab.
Pantai ini sesuai untuk kanak-kanak kerana sebuah taman permainan disediakan. Kanak-kanak boleh bermain gelunsur, buai dan lain-lain lagi dengan selamatnya.
Keadaan pantai yang memanjang boleh kita melihat alunan ombak dan pulau-pulau seperti pulau Redang & pulau Bidong. Lautan China Selatan yang luas terbentang mampu mengamit ketenangan jiwa dan fikiran.

Tiada ulasan: