Selasa, 13 April 2010

Gong Badak Lembah Ilmu


Jika kita melalui kawasan perindustrian Gong Badak, kita terjumpa Institiut Latihan Perindustrian tempat pelajar lepasan SPM membelajari kemahiran seperti automatif, mekanikal, elektrikal & sebagainya. Jarak dengan pusat bandaraya ialah 15 km.

Di Wakaf Tengah pula terdapat Maktab Rendah Sains MARA dan sebelahnya pula terletak
Institiut Pendidikan Guru Kuala Terengganu kampus Dato Razali Ismail.
Mana kala Universiti Darul Iman Kampus KUSZA (UDM) & Universiti Malaysia Terengganu
(UMT) terletak berhampiran satu sama lain. Jarak dengan pusat bandaraya ialah 20 km mengambil masa perjalanan 30 minit sahaja & ke lapangan Terbang Sultan Mahmud hanya 10 minit.

Tiada ulasan: