Isnin, 26 April 2010

Sentuhan Tradisi Melayu Terengganu

Bila kita sebut Dato' Raja Bahrain semua orang kenal. Seorang arkitek tersohor yang mempunyai rekaan yang unik tradisi Melayu Terengganu. Beliau adalah pemilik The Aryani.
Sebanyak 20 buah villa & sebuah rumah kayu berusia lebih 100 tahun sedang menunggu untuk didiami. Bila sampai anda akan di raikan oleh penyambut tetamu yang berpakaian melayu lama yang siap dengan samping & tengkolok.
Keunikan rumah ini ialah bentuk rumah melayu Terengganu dengan atap yang dibuat daripada tanah liat. Atap ini dapat menyerap hawa panas & menghasilkan rasa sejuk. Lanskap cukup menawan apabila pokok kelapa & pokok yang rendang ditanam di laluan jalan
kaki. Di setiap rumah disediakan tempayan (clay pot) & gayong (water scoop) yang diperbuat dari tempurung kelapa untuk membasuh kaki.

Inilah heritage suites yang berusia 100 tahun dan ianya adalah sebahagian istana raja. Harga untuk satu malam ialah RM1055 dengan keluasan ialah 9.5m X 6.8m. Atapnya diperbuat daripada tanah liat. Dengan mengekal warna asal kayu, rumah ini kelihatan cukup unggul , disamping dalaman dihiasai ukiran kayu. Kadar harga bersih bagi bilik-bilik tersebut ialah dari RM560 - RM1055 untuk satu malam.

Mempunyai tiga jenis restoran iaitu Restoran Serai untuk makanan tempatan & barat, Hikayat Fine Dining untuk makanan asia & barat serta Pulau Beach Club untuk makanan sandwishes & snacks. Untuk mendapat keterangan lanjut hubungi 09 653 2111 & www.thearyani.com

Tiada ulasan: