Sabtu, 24 April 2010

Hotel Disepanjang Batu Rakit Hingga Merang

Di sepanjang jalan pantai dari Kuala Terengganu Ke Besut untuk mendapat penginapan bukan satu masalah besar dan banyak pilihan. Di sini terdapat beberapa homestay, chalet & hotel. Di Germ Beach Resort mempunyai 78 buah bilik pelbagai jenis dengan kadar harga dari
RM165 - RM545 satu malam. Hotel yang bertaraf 3 bintang boleh dihubungi 09 669 5910/09 669 9110. Untuk melihat bilik hotel sila layari www.germbeach.net.


Merang Suria Resort menawarkan penginapan berbentuk berek, dorm & tapak perkhemahan yang sesuai untuk aktiviti motivasi & kursus. Selain daripada itu terdapat bilik yang mengadap laut
yang cukup cantik. Kadar harga satu malam untuk berek & dorm ialah RM40 seorang, tapak perkhemahan RM15 seorang. Untuk hubungi 09 653 1600 sales@suriaresorts.com. Disamping

kolam renang, resort menyediakan aktiviti sukan seperti bola pantai, taman permainan kanak-kanak, berkayak, karaoke, bot ke pulau Redang & memancing.
Di sebelah resort ini terdapat hotel yang bertaraf 3 bintang iaitu Sutra Beach Resort. Resort ini mempunyai 48 buah bilik standard (tropical & pool view), 68 buah bilik deluxe (tropical & sea view) dan 4 buah bilik suite ( pool & sea view). Kadar satu malam dari RM220 - RM650.
Jarak antara hotel dengan Lapangan Terbang 20 km, Kuala Terengganu 35 km, Kota Bahru 150 km & Kuala Lumpur 455 km. Hotel ini pernah menerima anugerah Malaysia Tourism Award 2001/2002 & 2008/2009. Untuk tempahan sila hubungi 09 669 6200/09 653 1111. www.sutrabeachresort.com.my

Tiada ulasan: