Khamis, 21 Oktober 2010

Perahu Besar Terengganu




INFO
  • Perahu Besar memainkan peranan penting dalam tamadun maritim dan warisan budaya unggul Terengganu dalam bidang kelautan.
  • Perahu Besar telah digunakan sejak abad ke-18 dan pernah dimiliki oleh sultan- sultan Terengganu iaitu Sultan Mansur I dan Sultan Mansur II.
  • Digunakan sebagai pengangkutan perdagangan dan hubungan diplomatik, ia juga pernah digunakan untuk menghantar ufti berbentuk bunga emas ke Siam pada pertengahan abad ke-18 hingga awal abad ke-20.
  • Berperanan dalam perkembangan perdagangan antarabangsa pada abad ke-18 dan 19 yang menjadikan Kuala Terengganu sebagai pelabuhan perdagangan antarabangsa.
  • Perkhidmatan terakhir Perahu Besar dalam aktiviti perdagangan ialah pada tahun 1982.
  • Pembuatan Perahu Besar di negeri ini juga telah mencatat sejarahnya tersendiri dengan tiga elemen penting yang menjadi kebanggaan masyarakat Melayu Terengganu khususnya dalam bidang teknologi pembuatan perahu dan keilmuan dalam bidang pelayaran.
  • Dianggarkan kira-kira 200 hingga 300 perahu besar beroperasi di Terengganu sebelum Perang Dunia Kedua dan dua daripadanya berjaya diselamatkan yang kini di bawah penjagaan Muzium Negeri. 
  • Perahu Besar Kemajuan  dibina pada 1946 selepas pendudukan Jepun di Tanah Melayu adalah kepunyaan Nik Muhammad Kaya dan Long Su.
  • Proses pembinaan selama lapan bulan dan memulakan pelayarannya yang pertama menuju Ban Lerm, sebuah pelabuhan di Selatan Siam (Thailand) untuk mengangkut garam pada 1947.Perahu Besar Kemajuan kemudian dijual kepada Muzium Negeri pada 1982 untuk dijadikan warisan pelayaran orang-orang Melayu di Terengganu pada suatu masa dulu.
  •  Keuniknya ialah pelayaran Perahu Besar yang menggunakan layar tanpa kompas mampu berlayar ke destinasi yang ditetapkan dengan berpandukan bintang dan angin untuk menggerakkan Perahu Besar belayar.
  • Perahu Besar yang diberi nama Sabar merupakan jenis Pinis Dogol yang didaftar pada 1954 dan dipercayai mula dibina pada 1925 dengan mengambil masa selama dua tahun untuk disiapkan.Perahu Besar tersebut dipercayai memulakan pelayaran pertama menuju Siam (Thailand) untuk membawa balik garam dan beras
    .
    Untuk melihat perahu-perahu tersebut, anda boleh datang ke Muzium Negeri Terengganu.
     Muzium Negeri Terengganu, 
    Bukit Losong 
    20566 Kuala Terengganu 
     09-6221444 

    Lain-lain info - sila klik

    Hotel

    Agensi Pelancongan

    Teksi

    Bas

1 ulasan:

Unknown berkata...

terima kasih atas perkongsian,minta izin guna info ya