Isnin, 11 Oktober 2010

Nostalagia Pasar Kedai Payang

Jam Besar ini terletak di depan bangunan parking kereta dan sebelah  bomba. Inilah pintu utama pasar besar  kedai payang setinggi dua tingkat. Di tengah-tengah pasar ialah laman yang luas untuk penjual  sayur, beras, barang-barang kering. Bahagian atas adalah untuk penjual pakaian dan restoran.
Ini wajah pasar  kedai payang sekarang.
Kawasan tengah pasar terdapat pokok untuk penjual berlindung dari panas. Di sini peraih menjual sayur-sayuran yang dibawa dari kampung. Dulu orang bandar panggil penjual-penjual ini orang darat. Mereka datang ke pasar dengan perahu.  Wajah ini boleh dilihat sebelum tahun 1980.

Tiada ulasan: