Khamis, 7 Oktober 2010

Kerana Slogan Update Setiap Hari Tanpa Henti...

Awal April, saya dapat tahu dari kawan bahawa satu pertandingan mencipta blog pelancongan anjuran Kerajaan Negeri telah diadakan. Hadiah untuk juara RM10,000..Boleh tahan. Untuk buat blog tidak susah mana tetapi jika pertandingan laman web agak sukar sikit kerana memerlu kepandaian membaca code. Perlu ada button untuk tekan sana dan tekan sini. Jika blog hanya scroll  tarik atas atau tarik bawah. Saya pun mendaftar dengan nama Terengganu Hebat. Nama yang datang secara spontan setelah melihat kehebatan Terengganu.
Sejak 5 bulan 18 hari, saya menerbitkan 185 cerita yang menarik tentang Terengganu pada setiap hari tanpa henti. Seramai 8240 0rang telah mengunjungi blog ini dengan 31 buah negara, pageview 14,022 dan pengikut setia seramai 121 orang. Saya tahu ramai peserta blog yg menjadikan blog saya tempat rujukan. Ramai wartawan yang merujuk blog saya untuk membuat cerita di akhbar. Setakat yang saya tahu cerita yang keluar di akhbar ialah Terra puri (rumah melayu lama di Penarik) dan Eeh Bau asap (akok & beka nyiur). Kisah Blog saya juga disiar di Radio Terengganu oleh DJ Farah. 
Ramai yang bertanya...
  • Gambar ambil sendiri ke?...Jenis kamera?
  • Camana awak boleh update  cerita setiap hari tanpa miss?...Awak kerja apa?
  • Camana awak buat hit  kaunter jadi tinggi? pengikut blog yang ramai?
Setelah saya mendaftar, saya merancang apa yang hendak dimuatkan dalam blog. Selepas  itu setiap hari sabtu saya memandu kereta bersama anak saya ke seluruh negeri Terengganu untuk merakam gambar. Kamera yang saya guna ialah Sony Cyber Shot yang berharga RM700 sahaja. Mula-mula saya ke Setiu hingga Besut melalui Jalan pantai. Setiap kali saya terjumpa tempat yang mempunyai potensi pelancongan saya akan merakam gambar. Kadang kala saya menjadi macam wartawan, bertanya orang kampung tentang tempat-tempat yang saya singgah untuk mendapat maklumat. Dari situ orang kampung akan menunjuk tempat-tempat yang menarik untuk dirakam. Hari sabtu selepas itu saya sekali lagi  pergi ke Setiu dan Besut melalui jalan utama untuk merakam Sungai Guntong, Agro, Lata Belantan hingga ke Air Panas La. Akhir bulan Jun baru habis saya merakam gambar diseluruh negeri Terengganu kecuali daerah Kuala Terengganu.
Saya banyak menggunakan facebook untuk promosi blog saya. Saya tag gambar yang menarik tentang Terengganu kepada rakan FB. Saya hanya tag kepada rakan yang mempunyai kenalan seramai 1,000 orang keatas. Kebanyakan  kawan saya mempunyai rakan FB seramai 4,000 orang keatas. Bayangkan saya tag kepada kawan saya mempunyai kenalan seramai 4,000 orang x 10 orang (yang mempunyai kenalan ramai). Ini bermakna 40,000 orang akan melihat gambar yang saya tag dan mendorong mereka membuka blog saya. Saya sengaja mencari ramai kawan di luar negara supaya memudah saya tag gambar padanya. Sebab itu kaunter flag saya mempunyai lebih 30 buah negara melawat blog saya.
 Saya terus melawat blog-blog yang terdapat internet dan membuat promosi di shout/ruang sembang dan ruang komen. Selalu meninggal alamat blog selepas saya membuat komen. Disamping itu saya letak alamat blog di bahagian signature email dan setiap kali orang menerima saya akan melihat nama blog.

Alhamdulillah, saya berjaya menerbitankan cerita setiap hari tanpa henti dari 12  April hingga 30 Sepetember 2010. 

Sekarang saya kembali tenang untuk meneruskan blog ini tetapi saya tidak lagi  update setiap hari.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nok suke ase.. update tanpa henti r konon.. bukan ker tu sume modal nak tarik perhatian...

wamora wasa berkata...

sebab apa nok suka? sy update pada setiap hari dari 12.4. hingga 30.9.10. tanpa miss...cuba tgk dari awal pd bulan april hingga abis. ada tertinggal ke?

memang slogan itu utk tarik pehatian. bukan gimik tp realiti...krn slogan update setiap hari tanpa henti membuat sy tekun setiap hari selama 5 bulan 18 hari utk myiapkannya.. Awak mampu buat?... sy mampu sbb itu blog ni dinamakan Terengganu hebat.