Khamis, 3 Jun 2010

Satay Jabi Memang Sedap

Kampung Jabi terkenal dengan Lata Belatan & Gunung Tebu dimana menjadi tumpuan pelancong dan aktiviti mendaki. Sekiranya anda melalui kampung ini anda akan ternampak gerai menjual satay.
Kedai satay Mastura menjual satay ayam dan daging. Harganya ialah 30 sen satu cucuk. Anda juga boleh beli nasi kampit atau nasi himpit dari harga RM1.00. Satay ini dimasak dengan meletak atas para yang dibawahnya adalah bara. Kipas digunakan supaya bara sentiasa marak
dan ini akan mempercepatkan satay masak. Satay ini dimakan bersama kuah kacang, bawang & timun. Bawang adalah penawar untuk satay yang terbakar.

Untuk membuat tempahan sila hubungi Kak Ramlah 017 960 8264 & 09 699 1319

Rabu, 2 Jun 2010

Desa Ukiran Kayu

Daerah Besut memang terkenal dengan pengukir kayu tersohor seperti Tokoh Kraf Negara 1999 iaitu Tengku Ibrahim Tengku Wook, Wan Ariffin Wan Su Tokoh Seni Negara 1997, Wan Mustaffa Wan Su, Tokoh Seni Terengganu & Adiguru Kraf dan sebagainya. Bagi mengiktiraf
pengukir-pengukir tersebut, kerajaan telah mewujudkan Desa Ukiran Kayu untuk melatih pengukir-pengukir muda. Mereka ini akan diberikan tunjuk ajar untuk mengukir dan menghasilkan ukiran yang berkualiti.
Istana Tengku Long yang terkenal senibina ukiran tradisional yang mengagumkan dijadikan tempat berlatih membuat ukiran kayu warisan Terengganu selama setahun.
Di sini juga anda dapat melihat senibina Rumah Potongan Belanda, Rumah Limas Bungkus, Rumah Bujang Berserambi Selasar, Pintu Gerbang, panel tingkap & pintu yang ukiran.
Sekiranya anda ingin melawat tempat ini yang terletak di Kampung Raja, Besut, sila hubungi 09 695 4823/ 09 695 3823.

Selasa, 1 Jun 2010

Kuala Besut Transit Ke Pulau

Kuala Besut adalah tempat pendaratan bot-bot nelayan memunggah hasilan tangkapan ikan untuk diedar kepada pelanggan. Selain daripada itu, Kuala Besut juga tempat pelancong
menaiki bot ke Pulau Perhentian. Tempat meletak kenderaan disediakan untuk pelancong yang datang dengan kenderaan sendiri. Pelancong yang datang awal boleh menyewa hotel seperti hotel Samudera ( 09 697 9326) sebelum bertolak ke pulau.
Di sini terletak perhentian bas & teksi yang membawa pelancong ke Jertih, Kuala Terengganu, Kuala Lumpur & Kota Bahru.
Sebuah Pusat Penerangan Pelancong yang berfungsi untuk memberi bantuan dan maklumat tempat-tempat menarik, penginapan, pengangkutan dan sebagainya . Di pusat ini juga disediakan phamplet, risalah & majalah pelancongan
Papan tanda yang mengiklan perkhidmatan pelancongan (sila klik gambar untuk dapat nama syarikat & nombor telefon).
Sebuah Terminal Pelancongan yang menempatkan pejabat syarikat-syarikat perkhidmatan pelancongan dan Terminal ini dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu pada 2 Mei 1999.