Bandaraya Kuala Terengganu yang diambil dari Kampung Tanjung (yang terletak ditepi pantai). Bangunan yang tertinggi ini ialah Wisma Darul Iman pusat pentadbiran negeri. |
Pulau-pulau yang terdapat di Sungai Terengganu. Pulau Wan Man (sebelah kiri) terdapat Taman Tamadun Islam dan berhampiran Muzium yang terbesar di Asia Tenggara. Disebelah kanan ialah Pulau Duyong tempat berlangsung Monsoon Cup, Kota Lama, tempat membuat kapal tradisional dan resort bertaraf 5 bintang. Kelihatan Jambatan Sultan Mahmud merentasi pulau. |
Pemandangan Kampung Ladang (tempat membuat tembaga dan keris) ,Kampung Tanjung (taman selera & Pasar malam) dan Taman Shahbandar (melihat keindahan sungai dan muara) |
Pemandangan Pantai Batu Burok dan benteng pemecah ombak (kawasan memancing yang popular). |
Wisma Darul Iman dan Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah |
Kampung Ladang adalah tempat membuat produk tradisonal berasaskan tembaga dan mempunyai galeri seni. |
Jalan utama iaitu Jalan Sultan Ismail terletak kompleks pejabat-pejabat kerajaan seperti Wisma Persekutuan, Wisma Negeri dan ibu pejabat Polis. |
Pulau Duyong tempat berlangsung pertandingan Monsoon Cup yang bertaraf dunia. yang diadakan pada akhir bulan november. |
Kedudukan Bandaraya Kuala Terengganu yang strategik kerana terletak sungai (sebelah kiri) dan ditepi laut (sebelah kanan). |
Benteng pemecah ombak yang mengawal aliran pasang surut supaya tidak cetek bagi memudahkan kapal-kapal pelancongan memasuki Sungai Terengganu. |
Paya Bunga Mall terletak bersebelah stesen bas. Terdapat kedai makanan segera Mc Donanld. |
Stadium tertua yang dibina pada tahun 1967 tempat perlawanan bolasepak bagi pasukan Terengganu |
Keindahan lagun Kuala Ibai memukau kita semua. Terdapat Masjid Terapung, Terengganu Equestrian Resort, muara Sungai Kuala Ibai dan gerai kerepok. |
Jambatan Sultan Mahmud yang menghubungi Kuala Terengganu utara dan Selatan. Kelihatan Masjid Kristal tersergam indah di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man. |
Pulau Warisan dan Hotel Seri Malaysia |
Bandaraya Kuala Terengganu diambil dari udara Pulau Duyong |
Pemandangan muara Kuala Ibai yang begitu cantik dengan pasir pantai yang cukup bersih. Bangunan Terengganu Equestrian Resort (atap merah) adalah tempat menunggang kuda, bot, bowling dan aktiviti dalam dewan. |
Hotel
Agensi Pelancongan
Teksi
Bas
Penerbangan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan