Ahad, 24 Oktober 2010

Bandaraya Kuala Terengganu

Bandaraya Kuala Terengganu yang diambil dari Kampung Tanjung (yang terletak ditepi pantai). Bangunan yang tertinggi ini ialah Wisma Darul Iman pusat pentadbiran negeri.
Pulau-pulau yang terdapat di Sungai Terengganu. Pulau Wan Man (sebelah kiri) terdapat Taman Tamadun Islam dan berhampiran Muzium yang terbesar di Asia Tenggara. Disebelah kanan ialah Pulau Duyong tempat berlangsung Monsoon Cup, Kota Lama, tempat membuat kapal tradisional dan resort bertaraf 5 bintang. Kelihatan Jambatan Sultan Mahmud merentasi pulau.
Pemandangan Kampung Ladang (tempat membuat tembaga dan keris) ,Kampung Tanjung (taman selera & Pasar malam) dan Taman Shahbandar (melihat keindahan sungai dan muara)
Pemandangan Pantai Batu Burok dan benteng pemecah ombak (kawasan memancing yang popular).
Wisma Darul Iman dan Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
Kampung Ladang  adalah tempat  membuat produk tradisonal berasaskan  tembaga dan mempunyai galeri seni.
Jalan utama iaitu Jalan Sultan Ismail terletak kompleks pejabat-pejabat kerajaan seperti Wisma Persekutuan, Wisma Negeri dan ibu pejabat Polis.
Pulau Duyong tempat berlangsung pertandingan Monsoon Cup yang bertaraf dunia. yang diadakan pada akhir bulan november.
Kedudukan Bandaraya Kuala Terengganu yang strategik kerana terletak sungai (sebelah kiri) dan ditepi laut (sebelah kanan).
Benteng pemecah ombak yang mengawal aliran pasang surut supaya tidak cetek bagi memudahkan kapal-kapal pelancongan memasuki Sungai Terengganu.
Paya Bunga Mall terletak bersebelah stesen bas. Terdapat  kedai makanan segera Mc Donanld.
Stadium tertua yang dibina pada tahun 1967 tempat perlawanan bolasepak bagi pasukan Terengganu
Keindahan lagun Kuala Ibai memukau kita semua. Terdapat Masjid Terapung, Terengganu Equestrian Resort, muara Sungai Kuala Ibai dan gerai kerepok.
Jambatan Sultan Mahmud yang menghubungi Kuala Terengganu utara dan Selatan. Kelihatan  Masjid Kristal tersergam indah di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man.
Pulau Warisan dan Hotel Seri Malaysia
Bandaraya Kuala Terengganu diambil dari udara Pulau Duyong
Pemandangan muara Kuala Ibai yang begitu cantik dengan pasir pantai yang cukup bersih. Bangunan Terengganu Equestrian Resort (atap merah) adalah tempat menunggang kuda, bot, bowling dan aktiviti dalam dewan.
Lain-lain info - sila klik

Hotel

Agensi Pelancongan

Teksi

Bas

Penerbangan 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan