Selasa, 2 November 2010

Kuih Terengganu

 Jala emas dibuat dari telur. Rasanya sedap dan manis
 Bike ubi dan rasanya memang lemak.
 Bronok diperbuat dari sagu dan diatasnya diletak kelapa.
 Hasidoh adalah kuih lama orang Terengganu. Rasanya manis diatasnya diletak bawang goreng.
Koleh kacang sedap dimakan diwaktu petang.


Kuih tersebut mudah didapati di Gerai Kuih di Pengadang Akar, Gerai kuih di Jalan Sultan Sulaiman, Pasar Kedai Payang, Pasar Cabang Tiga dan Pasar Kedai Buluh.

Isnin, 1 November 2010

Baju Batik Wamora


Baju batik yang bertulis atas nama sendiri iaitu Wamora akan dipakai ke majlis penyampaian hadiah  pertandingan blog pelancungan anjuran kerajaan negeri Terengganu. Majlis ini akan  di adakan pada 2. November 2010, jam 4.30 petang di Primula Beach Resort.

Dalam majlis ini akan diumun pemenang bagi kategori Pelajar, IPT dan Terbuka. Bagi kategori pelajar sekolah dan pelajar IPT dijangka semua yang layak bertanding akan memprolehi hadiah utama termasuk hadiah saguhati.Maknanya kedua-dua  kategori ini tidak balik  tangan kosong kerana hanya 11 peserta sahaja yang layak dipertandingkan.. Kategori terbuka agak sengit kerana  seramai 30 lebih peserta yang layak bertanding untuk merebut hadiah utama sebanyak RM10,000

Saya berharap dapat memenangi hadiah tempat ke 3 atau  ke 2. Jika tidak pun, dapat hadiah pertama sudah mencukupi. Insya Allah.

Chukai Dulu dan Sekarang

Kereta C6008 kepunyaan  Ibrahim loteri,digunakan untuk membawa penerima Pingat Hang Tuah iaitu Mamat b Taib pada tahun 1963. Kereta ini melalui depan pasar iaitu Jalan Sulaimani.
 Pemandangan Kuala Kemaman yang mempunyai keindahan semulajadi.
Perkampungan tradisional maseh boleh dilawati dan melihat kehidupan nelayan.
 Jalan Sulaimani yang sibuk dengan kenderaan dan deretan bank serta kedai.
 Bangunan Tenaga Nasional Berhad yang tersergan indah.
Jalan Sulaimani terdapat perhentian teksi dan bas.

Ahad, 31 Oktober 2010

Pesta Lumba Perahu Panjang 2010

INFO
  • Perlumbaan ini diadakan dua hari  bermula pada pada 30-31.10.2010
  • Di adakan di Terusan buatan manusia sepanjang kira-kira 700 meter di Pulau Warisan, Kuala Terengganu.
  • Perlumbaan sejauh 2.2 kilometer mengikut tiga kategori yang membuat satu pusingan mengelilingi Pulau Warisan dan tamat di terusan.
  • Diadakan Sungai Terengganu berhampiran muara dan Pulau Warisan itu sebagai simbolik serta satu manifestasi rakyat Terengganu suatu ketika dahulu yang mengayuh perahu mudik ke hulu untuk mencari kayu api.
  • Pertandingan seperti ini juga adalah yang tertua diadakan di Terengganu sejak 1970-an dan sebelum ini pernah diadakan di Jeram Hilir, Jeram Manir, Tanjung Sabtu serta di tasik berdekatan tapak stadium di Gong Badak
  • Johan pertandingan akan mewakili Terengganu ke peringkat antarabangsa di tempat yang sama Mac tahun depan yang dijangka disertai Thailand, Brunei, Indonesia, Vietnam serta Myanmar.
  • Tiga kategori pertandingan yang berlangsung hari ini dan esok terdiri daripada 20 pendayung ujian masa, 20 pendayung trek dan 10 pendayung trek.
  •  Bagi 20 pendayung ujian masa, hadiah pertama menawarkan wang tunai RM3,000 diikuti RM2,500 (kedua), RM2,000 (ketiga), RM1,000 (keempat) dan RM800 (kelima).
  • Bagi 20 pendayung ujian masa, hadiah pertama menawarkan wang tunai RM3,000 diikuti RM2,500 (kedua), RM2,000 (ketiga), RM1,000 (keempat) dan RM800 (kelima).
  • Kategori 20 pendayung trek pula, tempat pertama bakal membawa pulang wang tunai RM4,000 disusuli RM3,000 (kedua), RM2,000 (ketiga), RM1,000 (keempat) dan RM800 (kelima).
  •  Manakala bagi 10 pendayung trek, hadiah tempat pertama adalah RM2,000 diikuti RM1,500 (kedua), RM1,000 (ketiga), RM700 (keempat) dan RM500 (kelima).
  • Kesemua 10 pasukan yang bertanding terdiri daripada Tanjung Sabtu, Kenu Terengganu, Penjara Marang, Jeram Manir, Banggol Peradong, UnisZA, Petai Bubus, Jeram Kuala Nerus, Buluh Gading dan Primula.
Lain-lain info - sila klik

Hotel

Agensi Pelancongan

Teksi

Bas

Penerbangan  

    Sabtu, 30 Oktober 2010

    Anak Dara Terengganu Comel-comel Belaka

    Keayuan dan kesopanan anak-anak  gadis Terengganu terserlah dengan adat budaya timur dan islam yang diamalkan. Layanan mesra sedang menunggu untuk pelancong yang datang ke Terengganu.

    Jumaat, 29 Oktober 2010

    Surau Cute

    Cantik sungguh surau ini. Rekabentuk cukup simple tapi menarik. Surau As Soliheen di Desa Solehah, Kampung Mak Cili, Kemaman

    Rally Di Tasik Kenyir 30 - 31hb Okt 2010


    • Karamjit Singh dari GSR Pennzoil Racing Team mengintai satu lagi penamat podium untuk merangkul juara keseluruhan Kejohanan Rali Malaysia. Hanya lapan mata memisahkan beliau dengan pendahulu kejohanan yang bakal masuk pusingan ketiga di Tasik Kenyir, Terengganu pada Jumaat hingga Sabtu ini.
    • Muhammad Rafiq Udhaya dari MRU Motorsport yang memandu Subaru Impreza dengan pemandu arah Sean Gregory mendahului dengan 24 mata manakala Karamjit 16 mata. Andrew Miller dan Manohar Menon dengan Subaru Impreza pula di tempat ketiga dengan 13 mata.
    • “Saya hanya lapan mata dibelakang pendahulu dan kemenangan pada hujung minggu ini akan membantu mengurangkan jurang dan meletakkan saya pada posisi selesa semasa pusingan akhir Disember nanti,” kata Karamjit.
    • Karamjit dan pemandu arah Douglas Pickering adalah pemenang pusingan dua di Jempol, Negeri Sembilan dua bulan lepas dengan Mitusbishi Lancer dan membantu mereka melonjak dalam kategori pelumba.
    • Muhammad Rafiq belum lagi menyerah kalah.“Saya masih lagi di atas dan mereka yang lain perlu mengalahkan saya dan kami semua tidak ada kelebihan di Kenyir kerana semua tidak pernah berlumba di sana sebelum ini dan terpulang kepada siapa yang boleh menyesuaikan dengan keadaan,” kata Muhammad Rafiq.
    • Bekas pelumba rali dunia, Katsu Taguchi serta pemandu arah Jagdev Singh yang memenangi pusingan pertama di Johor menduduki tempat keempat dengan sebelas mata dan pemandu-pemandu lain mengawasi dengan rapat warga Jepun ini dan Mitsubishi Lancernya. Taguchi adalah rakan sepasukan Karamjit dengan dua lagi pemandu lain iaitu P.Nandakumar dan Faidzal Alang.

    • Lain-lain info - sila klik

      Hotel

      Agensi Pelancongan

      Teksi

      Bas

      Penerbangan  
       

    Khamis, 28 Oktober 2010

    Lapangan Terbang Terpanjang




    INFO

    •  Mempunyai landasan ketiga terpanjang di Malaysia.
    • Lapangan Terbang Sultan Mahmud terletak di Telaga Batin dengan jarak perjalanan 15 km dari pusat bandaraya.
    • Bangunan baru dan penambahan landasan ini siap dibina pada tahun 2008 dengan kos pembinaan RM200 juta
    • Seluas 128 ekar, termasuk memanjangkan landasan, pemasangan lampu pendaratan dan kawasan keselamatan penerbangan. 
    • Rekabentuk bangunan terminal baru setinggi dua setengah tingkat itu pula berasaskan alam semulajadi dan ciri-ciri tradisional Terengganu bagi menggambarkan budaya dan warisan negeri ini
    • Mampu menampung dua kapal terbang Boeing 737 dan dua Airbus 330 pada satu-satu masa.
    • Pada 11. Oktober 2008, kapal terbang kepunyaan MAS  Boieng 747 -400 telah mendarat di lapangan terbang ini.
    • Taraf lapangan terbang ini bersedia bertaraf antarabangsa. Setiap tahun membawa jemaah haji terus ke Jeddah.
    • Mampu  menguruskan 500,000 penumpang dengan 10,000 pergerakan kapal terbang
    Traffic 2003 2004 2005 2006 2007 2008
    Passengers 394,240 435,620 419,475 398,252 430,800 487,495
    Cargo handled
    (metric tonnes)
    160 124 94 70 47 24
    Cargo handled (KG) - - - 69,668 47,127 23,842
    Aircraft movements 5,508 5,834 5,622 3,792 8,781 10,045

    Lapangan Terbang Sultan Mahmud,
    21300 Kuala Terengganu,
    MALAYSIA.
    Tel: +60 (0) 9 667 3666 begin_of_the_skype_highlighting              +60 (0) 9 667 3666      end_of_the_skype_highlighting
    Fax: +60 (0) 9 666 3084


    Lain-lain info - sila klik

    Hotel

    Agensi Pelancongan

    Teksi

    Bas

    Penerbangan  
     

    Rabu, 27 Oktober 2010

    Semalam Di Kuala Terengganu


    Ketibaan anda di bandaraya Kuala Terengganu disambut dengan doa Allah Peliharakanlah Terengganu  yang terletakdi atas Bukit Besar. Berdekatan dengan Mydin Mall dan Giant.
    Jengok kelangit melihat keindahan bintang yang berkelip-kelipan dan bertaburan di angkasa Terengganu.
    Lampu isyarat yang dipasang di muara Sungai Terengganu menambah kecantikan malam.
    Taman Shahbandar bermandi cahaya
    Pemandangan dari atas Bukit Besar untuk melihat jalan ke jambatan Sultan Mahmud.
    Pemandangan Pantai Batu Buruk di waktu malam.
    Kecantikan bandaraya di waktu malam kelihatan bangunan tinggi yang bercahaya.
    Suasana pantai yang memukau
    Masjid Tengku Tengah  Zaharah atau Masjid Terapung di waktu malam dengan bayangan di tasik

    Lain-lain info - sila klik

    Hotel

    Agensi Pelancongan

    Teksi

    Bas

    Penerbangan  

    Selasa, 26 Oktober 2010

    Keindahan Bandaraya Warisan Pesisir Air

    Apabila anda menyusur Sungai Terengganu, anda pasti terpukau panaroma bandaraya Kuala Terengganu yang cantik dan unik.
    Pulau Duyong tempat berlangsung pertandingan kapal layar bertaraf dunia merebut Piala Monsoon.
    Apabila anda berada di Taman Tamadun Islam, anda melihat bandaraya yang mempunyai bukit-bukit yang rendah menyeri keindahan yang sedia ada.
    Bangunan yang paling tinggi di bandaraya ini ialah Wisma Darul Iman. Bangunan ini terletak Pejabat Menteri Besar Terengganu, Dewan Undangan Negeri dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.
    Bazar Warisan tempat membeli belah kain batik dan sutera. Di belakangnya terdapat Bukit Puteri dan anda dapat melihat genta, bedil kembar dan sebagainya. Sebelah bazar pula ialah tempat membeli belah yang paling popular iaitu Pasar Kedai Payang.
    Hotel yang paling tinggi di Terengganu iaitu Hotel Felda Residence terletak di tepi Sungai Terengganu. Di sebelahnya ialah Waterfront.
    Pemandangan dari laut,  anda dapat melihat pantai Kampung Tanjung, Pantai Batu Buruk, Hotel Grand Continental, Hotel Primula dan Hospital Sultanah Nur Zahirah


    Lain-lain info - sila klik

    Hotel

    Agensi Pelancongan

    Teksi

    Bas

    Penerbangan 

    Isnin, 25 Oktober 2010

    Menteri Besar Terengganu Dulu Hingga Sekarang

    Menteri Besar Terengganu
    Y.A.B. Dato' Seri Amar Di Raja
    (Haji Ngah Muhammad bin Yusof, MBE)
    dari 21.04.1925 - 28.06.1940
    Menteri Besar Terengganu
     Y.B.M. Tengku Seri Setia Raja
    (Tengku Omar bin Othman, OBE)
    dari 15.07.1940 - 9.12.1941
    Menteri Besar Terengganu
    . Y.A.B Dato' Jaya Perkasa
    (Encik Da Omar bin Mahmud, CMG, MBE)
    dari 10.12.1941 - 01.12.1947

    Menteri Besar Terengganu
    Y.B.M. Tengku Panglima Perang
    (Tengku Muhamad bin Al-Marhum Sultan Ahmad (Pahang), MBE)
    dari 17.12.1945 - 26.12.1949
    Menteri Besar Terengganu
    . Y.A.B. Dato' Perdana Menteri Di Raja Dato' Seri Setia Di Raja (Haji Kamaruddin bin Haji Idris, PPT., MBE,.MCS.)
    dari 27.12.1949 - 31.05.1957
    Menteri Besar Terengganu
     Y.A.B. Encik Daud bin Abdul Samad
    dari 29.06.1959 - 08.11.1961
    Menteri Besar Terengganu
    Y.A.B. Tan Sri Dato' Ibrahim Fikri bin Mohamad PMN,. SPMT,. PPT,.
    dari 09.11.1961 - 30.09.1970
    Menteri Besar Terengganu
     Y.A.B Dato' Mahmood bin Sulaiman DPMT.
    dari 01.10.1970 - 04.09.1971
    Menteri Besar Terengganu
    Y.A.B Dato' Haji Nik Hassan bin Haji Wan Abdul Rahman SPMT,. PSD,. KMN,.
    dari 05.09.1971 - 31.08.1974
    Menteri Besar Terengganu
     Y.A.B Dato' Seri Amar Di Raja Tan Sri Haji Wan Mokhtar bin Ahmad, SSMT,. PSM,. SPMT,. DA,. DPMJ,. KMN,. JP,. PJK,.
    dari 01.09.1974 - 29.11.1999
    Menteri Besar Terengganu
    Y.A.B. Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Haji Awang
    dari 30.11.1999 - 21.03.2004
    Menteri Besar Terengganu
      Y.A.B Dato' Seri Haji Idris bin Jusoh
    dari 22.03.2004 - 22.03.2008
    Menteri Besar Terengganu
    Y.A.B Dato' Haji Ahmad bin Said
    dari 23.03.2008 - sekarang
    INFO
    • Dari tahun 1925 hingga sekarang seramai 13 orang telah menjadi Menteri Besar Terengganu.
    • Menteri Besar dilantik oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu.
    • Menteri Besar dicadang oleh parti yang memenangi majoriti  dalam pilihanraya umun.
    • Wakil Rakyat yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Terengganu boleh dicadangkan kepada Sultan untuk dilantik menjadi Menteri  Besar.
    • Pilihanraya diadakan  setiap 5 tahun sekali.