- Karamjit Singh dari GSR Pennzoil Racing Team mengintai satu lagi penamat podium untuk merangkul juara keseluruhan Kejohanan Rali Malaysia. Hanya lapan mata memisahkan beliau dengan pendahulu kejohanan yang bakal masuk pusingan ketiga di Tasik Kenyir, Terengganu pada Jumaat hingga Sabtu ini.
- Muhammad Rafiq Udhaya dari MRU Motorsport yang memandu Subaru Impreza dengan pemandu arah Sean Gregory mendahului dengan 24 mata manakala Karamjit 16 mata. Andrew Miller dan Manohar Menon dengan Subaru Impreza pula di tempat ketiga dengan 13 mata.
- “Saya hanya lapan mata dibelakang pendahulu dan kemenangan pada hujung minggu ini akan membantu mengurangkan jurang dan meletakkan saya pada posisi selesa semasa pusingan akhir Disember nanti,” kata Karamjit.
- Karamjit dan pemandu arah Douglas Pickering adalah pemenang pusingan dua di Jempol, Negeri Sembilan dua bulan lepas dengan Mitusbishi Lancer dan membantu mereka melonjak dalam kategori pelumba.
- Muhammad Rafiq belum lagi menyerah kalah.“Saya masih lagi di atas dan mereka yang lain perlu mengalahkan saya dan kami semua tidak ada kelebihan di Kenyir kerana semua tidak pernah berlumba di sana sebelum ini dan terpulang kepada siapa yang boleh menyesuaikan dengan keadaan,” kata Muhammad Rafiq.
- Bekas pelumba rali dunia, Katsu Taguchi serta pemandu arah Jagdev Singh yang memenangi pusingan pertama di Johor menduduki tempat keempat dengan sebelas mata dan pemandu-pemandu lain mengawasi dengan rapat warga Jepun ini dan Mitsubishi Lancernya. Taguchi adalah rakan sepasukan Karamjit dengan dua lagi pemandu lain iaitu P.Nandakumar dan Faidzal Alang.
Lain-lain info - sila klik
Hotel
Agensi Pelancongan
Teksi
Bas
Penerbangan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan