Ahad, 31 Oktober 2010

Pesta Lumba Perahu Panjang 2010

INFO
  • Perlumbaan ini diadakan dua hari  bermula pada pada 30-31.10.2010
  • Di adakan di Terusan buatan manusia sepanjang kira-kira 700 meter di Pulau Warisan, Kuala Terengganu.
  • Perlumbaan sejauh 2.2 kilometer mengikut tiga kategori yang membuat satu pusingan mengelilingi Pulau Warisan dan tamat di terusan.
  • Diadakan Sungai Terengganu berhampiran muara dan Pulau Warisan itu sebagai simbolik serta satu manifestasi rakyat Terengganu suatu ketika dahulu yang mengayuh perahu mudik ke hulu untuk mencari kayu api.
  • Pertandingan seperti ini juga adalah yang tertua diadakan di Terengganu sejak 1970-an dan sebelum ini pernah diadakan di Jeram Hilir, Jeram Manir, Tanjung Sabtu serta di tasik berdekatan tapak stadium di Gong Badak
  • Johan pertandingan akan mewakili Terengganu ke peringkat antarabangsa di tempat yang sama Mac tahun depan yang dijangka disertai Thailand, Brunei, Indonesia, Vietnam serta Myanmar.
  • Tiga kategori pertandingan yang berlangsung hari ini dan esok terdiri daripada 20 pendayung ujian masa, 20 pendayung trek dan 10 pendayung trek.
  •  Bagi 20 pendayung ujian masa, hadiah pertama menawarkan wang tunai RM3,000 diikuti RM2,500 (kedua), RM2,000 (ketiga), RM1,000 (keempat) dan RM800 (kelima).
  • Bagi 20 pendayung ujian masa, hadiah pertama menawarkan wang tunai RM3,000 diikuti RM2,500 (kedua), RM2,000 (ketiga), RM1,000 (keempat) dan RM800 (kelima).
  • Kategori 20 pendayung trek pula, tempat pertama bakal membawa pulang wang tunai RM4,000 disusuli RM3,000 (kedua), RM2,000 (ketiga), RM1,000 (keempat) dan RM800 (kelima).
  •  Manakala bagi 10 pendayung trek, hadiah tempat pertama adalah RM2,000 diikuti RM1,500 (kedua), RM1,000 (ketiga), RM700 (keempat) dan RM500 (kelima).
  • Kesemua 10 pasukan yang bertanding terdiri daripada Tanjung Sabtu, Kenu Terengganu, Penjara Marang, Jeram Manir, Banggol Peradong, UnisZA, Petai Bubus, Jeram Kuala Nerus, Buluh Gading dan Primula.
Lain-lain info - sila klik

Hotel

Agensi Pelancongan

Teksi

Bas

Penerbangan  

    Tiada ulasan: