Selasa, 2 November 2010

Kuih Terengganu

 Jala emas dibuat dari telur. Rasanya sedap dan manis
 Bike ubi dan rasanya memang lemak.
 Bronok diperbuat dari sagu dan diatasnya diletak kelapa.
 Hasidoh adalah kuih lama orang Terengganu. Rasanya manis diatasnya diletak bawang goreng.
Koleh kacang sedap dimakan diwaktu petang.


Kuih tersebut mudah didapati di Gerai Kuih di Pengadang Akar, Gerai kuih di Jalan Sultan Sulaiman, Pasar Kedai Payang, Pasar Cabang Tiga dan Pasar Kedai Buluh.

Isnin, 1 November 2010

Baju Batik Wamora


Baju batik yang bertulis atas nama sendiri iaitu Wamora akan dipakai ke majlis penyampaian hadiah  pertandingan blog pelancungan anjuran kerajaan negeri Terengganu. Majlis ini akan  di adakan pada 2. November 2010, jam 4.30 petang di Primula Beach Resort.

Dalam majlis ini akan diumun pemenang bagi kategori Pelajar, IPT dan Terbuka. Bagi kategori pelajar sekolah dan pelajar IPT dijangka semua yang layak bertanding akan memprolehi hadiah utama termasuk hadiah saguhati.Maknanya kedua-dua  kategori ini tidak balik  tangan kosong kerana hanya 11 peserta sahaja yang layak dipertandingkan.. Kategori terbuka agak sengit kerana  seramai 30 lebih peserta yang layak bertanding untuk merebut hadiah utama sebanyak RM10,000

Saya berharap dapat memenangi hadiah tempat ke 3 atau  ke 2. Jika tidak pun, dapat hadiah pertama sudah mencukupi. Insya Allah.

Chukai Dulu dan Sekarang

Kereta C6008 kepunyaan  Ibrahim loteri,digunakan untuk membawa penerima Pingat Hang Tuah iaitu Mamat b Taib pada tahun 1963. Kereta ini melalui depan pasar iaitu Jalan Sulaimani.
 Pemandangan Kuala Kemaman yang mempunyai keindahan semulajadi.
Perkampungan tradisional maseh boleh dilawati dan melihat kehidupan nelayan.
 Jalan Sulaimani yang sibuk dengan kenderaan dan deretan bank serta kedai.
 Bangunan Tenaga Nasional Berhad yang tersergan indah.
Jalan Sulaimani terdapat perhentian teksi dan bas.