Selasa, 7 September 2010

Monica Atau Mak Nik

Pantai Mak Nik atau lebih dikenali Pantai Monica amat popular dikalangan pelancung yang ingin menghayati pemandangan yang semulajadi. Nama pantai diambil dari seorang bidan bernama Mak Nik yang menetap seratus tahun dahulu.
Pantai ini mempunyai panaroma yang indah dengan pasir yang halus dan ombak yang memutih memikat pelancong untuk bertandang di sini. Pokok rhu yang berderetan membuat suasana menjadi redup dan sejuk mata memandang. Di gigi air, kita melihat anak-anak ketam berlarian menuju ke lubangnya. Kulit kerang dan siput dengan pelbagai bentuk dan warna menambah seri pantai ini.
Pengunjung yang datang bersama keluarga atau kawan-kawan akan memilih pantai untuk berkelah sambil melepas tekanan kerja. Mereka membawa bekalan dari rumah dan menjamu selera beramai-ramai di bawah pondok yang disediakan. Pantai ini juga digunakan sebagai gelanggang bola tampar pantai dan bolasepak pantai untuk Sukan Malaysia (SUKMA) 2008.
Jangan lupa jadikan pantai Mak Nik tempat kunjungan utama dalam jadual cuti anda.


INFO

Lokasi
Pantai ini terletak di belakang INTAN Wilayah Timur .

Jarak
150 km dari Kuala Terengganu
5 km dari Chukai

Penginapan

New Sri Buana Hotel
No. K-293, Jalan Abdul Rahman,
24000 Kemaman, Terengganu
Tel: 09-8592706
Faks: 09-8593575

Seaview Hotel
K 114, Jalan Sulaimani,
24000 Kemaman, Terengganu
Tel: 09-8596337, 09-8596322
Faks: 09-8596323

Hotel Chukai Utama
K11295, Taman Chukai Utama,
24000 Kemaman, Terengganu
Tel: 09-8589666, 09-8591275
Faks: 09-8589222

Pengangkutan
Teksi, bas dan kenderaan sendiri

Perhentian Teksi Jalan Sulaimani,
24000 Kemaman, Terengganu
Tel: 09-8591773

Persatuan Kebajikan Pemandu-pemandu Kereta Sewa/Teksi
Lapangan Terbang Kerteh,
24300 Kerteh, Kemaman
Tel: 09-8262108

Stesen Kereta Sewa Dungun
23000 Dungun, Terengganu
Tel: 09-8481744

Perhentian Teksi/Kereta Sewa Jalan Masjid Abidin
(Depan Pustaka Intan, Stesen Bas MBKT)
20100 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6242694

Keistimewaan
Kawasan ini berhampiran perkampungan nelayan, tempat membuat kerepok, satar, otak-otak dan memilik pantai yang cantik. Jarak dengan Kuala Kemaman ialah 5 km.

Tiada ulasan: