Sabtu, 11 September 2010

Harimau Malaya

Zoo Kemaman akan dibesarkan daripada 15 hektar kepada 120 hektar bagi menampung penambahan haiwan dan peningkatan bilangan pengunjung. Dua ekor harimau malaya yang baru menghuni akan menjadi daya tarikan baru zoo ini .
Anda akan terpegun melihat harimau berwarna oren dan berbelang hitam yang cukup cantik . Harimau jantan yang bernama Chiko baru berumur 2 tahun dan harimau betina yang bernama courtney berusia 7 tahun.
Selain daripada itu terdapat dua ekor ikan naga yang besar berada dalam akuarium. Ikan naga ini pernah dijumpa di Tasik Kenyir dan sesiapa yang berjaya menangkap ikan ini akan dibayar RM10,000 oleh Kerajaan Negeri. Anda juga terhibur melihat aksi dua ekor beruang sedang bermain-main dan bergurau senda ditepi kolam
Di tengah zoo ini terdapat jambatan gantung untuk melihat haiwan seperti kambing gurun ,rusa, pelanduk dan kancil . Sambil itu anda dapat melihat suasana hutan yang dipelihara dengan baik dengan bunyi-bunyian dari penghuni zoo ini.

INFO

Pemilik
Majlis Perbandaran Kemaman
09 859 7777/7700

Lokasi
Melalui Jalan Mak Chili-Ibok dan jalan Kerteh-Ibok. .

Jarak
170 km dari Kuala Terengganu
10 km dari Chukai

Bayaran Masuk
Dewasa - RM10.00 seorang
Kanak 12 tahun ke bawah - RM 7.00 seorang
Pelajar Sekolah Beruniform - RM 5.00 seorang

Waktu Operasi
10.00 pagi - 5.00 petang

Penginapan

New Sri Buana Hotel
No. K-293, Jalan Abdul Rahman,
24000 Kemaman, Terengganu
Tel: 09-8592706
Faks: 09-8593575

Seaview Hotel
K 114, Jalan Sulaimani,
24000 Kemaman, Terengganu
Tel: 09-8596337, 09-8596322
Faks: 09-8596323

Hotel Chukai Utama
K11295, Taman Chukai Utama,
24000 Kemaman, Terengganu
Tel: 09-8589666, 09-8591275
Faks: 09-8589222

Pengangkutan
Teksi, dan kenderaan sendiri

Perkhidmatan Bas - Dua laluan
1. Awana Kijal melalui pekan Kijal, Kampung Payoh dan Ibok ke zoo

2. Stesyen bas Chukai melalui Centre Point (KCP) ke Telekom dan terus ke zoo.

Bas berkenaan bertolak dua kali sehari iaitu pada pukul 12 tengah hari dan 4 petang.

Perhentian Teksi Jalan Sulaimani,
24000 Kemaman, Terengganu
Tel: 09-8591773

Persatuan Kebajikan Pemandu-pemandu Kereta Sewa/Teksi
Lapangan Terbang Kerteh,
24300 Kerteh, Kemaman
Tel: 09-8262108

Stesen Kereta Sewa Dungun
23000 Dungun, Terengganu
Tel: 09-8481744

Perhentian Teksi/Kereta Sewa Jalan Masjid Abidin
(Depan Pustaka Intan, Stesen Bas MBKT)
20100 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6242694

Keistimewaan
Zoo ini berhampiran dengan tempat melihat kunang-kunang di kampung Yak Yah.

Tiada ulasan: