Rabu, 29 September 2010

Tembakan Bedil Sepanjang Bulan ramadhan

Setiap bulan Ramadhan, sebahagian penduduk bandaraya akan mendengar bunyi tembakan bedil. Itu menandakan waktu berbuka puasa sudah masuk atau tamat waktu imsak. Sebelum tahun 1990, penduduk  Kuala Terengganu mempunyai dua isyarat untuk mengetahui waktu berbuka puasa atau waktu imsak iaitu bunyi genta (loceng besar) dan bunyi bedil. Bedil ditembak dari atas bukit Pak Apil  iaitu ditapak bangunan SUK, Muzium dan KETENGAH. Bunyi tembakan ini dapat  kedengaran dalam jarak 8-10 km.
Pihak Polis telah dipertanggungjawab untuk menyeliakan tembakan bedil ini. Tembakan ini menggunakan bunga api. Bunga api yang bersaiz 12 in digunakan untuk menghasilkan bunyi yang padat. Besi paip yang bersaiz besar digunakan untuk melancarkan bunga api ke udara. Sebanyak 8  batang paip dipacak di atas tanah. Untuk berbuka puasa hanya sebatang paip sahaja yang digunakan dan waktu imsak dua batang. Manakala untuk menandakan esok mula berpuasa atau hari raya, kesemua lapan batang paip akan digunakan.
Pelancar akan digunakan untuk menembak bunga api dan  pelancar ini dikawal dengan alat kawalan yang diletak  30 meter dari jarak pelancar tadi. Apabila suis ditekan, satu bunyi kecil kedengaran dan dalam masa 5 saat  bunga api akan terpancar di udara dengan bunyi yang padat. Percikan bunga api sangat cantik dan sepanjang bulan ramadhan bandaraya  bermandikan bunga api pada waktu berbuka dan waktu imsak.
Inilah bentuk genta yang terdapat di atas Bukit Puteri. Genta yang seberat 175 kg  ini dibuat daripada  tembaga kuning oleh Wan Ali Wan  Awang dari Kampung Tanjung. Semasa penggunaan genta ini, paluan genta dibunyikan acap kali terutama apabila masuk waktu imsak dan tamat waktu imsak
Di sini terletak Puncak Panorama yang sedang dalam pembinaan. Apabila siap nanti anda boleh melihat bandaraya Kuala Terengganu dan keindahan Sungai Terengganu dari puncak bukit ini.

INFO


Di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu dan diselia oleh Bahagian Pesenjataan & Bahan Letupan, Polis Di Raja Malaysia.

 
Lokasi
Di atas Bukit Pak Apil dengan melalui  jalan di depan TNB dan tempat ini adalah bekas tapak bangunan SUK, Muzium dan KETENGAH. Tempat ini maseh kawasan larangan dan memerlukan kebenaran polis.
 
Pengangkutan :
Teksi

Perhentian Teksi/Kereta Sewa Jalan Masjid Abidin
(Depan Pustaka Intan, Stesen Bas MBKT)
20100 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6242694



Lain-lain info - sila klik

Hotel

Agensi Pelancongan

Teksi

Bas

Penerbangan

Tiada ulasan: