Jumaat, 24 September 2010

Cahaya Kong Ming Deng Di Udara

Festival Tanglung 2010 yang diadakan di dataran berkembar Pulau  Warisan, berjaya menarik 3,000 pengunjung dan pelancong untuk menyaksikan  Kong Ming Deng (tanglung terbang). Sebanyak 126  buah tanglung pelbagai warna telah dilepaskan ke udara. Festival yang mendapat sokongan Kerajaan Negeri dan NGO diadakan setiap tahun  dan menjadi produk pelancongan.
Perlepasan tanglung yang menjadi amalan  orang China   juga menarik minat pelancong asing menyertai sama melepas tanglung ke udara  yang diadakan pada 22 September 2010. Suasana dataran ini bermandikan  cahaya dengan lampu dan tanglung telah menerangkan  tempat festival ini. Tanglung berwarna merah memang menjadi warna kegemaran orang Cina.
Orang Melayu yang sudah biasa bermain tanglung turut memeriahkan  suasana perlepasan tanglung yang ditulis Salam Aidilfitri kerana festival ini diadakan selepas hari raya. Tanglung yang diperbuat dengan kertas minyak berbentuk bujur terlebih dahulu ditulis dengan  pelbagai ucapan sebelum dilepaskan.
Di dalam  tanglung diletak api untuk menghasilkan  wap panas. Wap panas yang memenuhi ruang dalam tanglung ini akan menerbangkan tanglung ke udara. Setiap kali tanglung berjaya diterbangkan akan disambut dengan sorakan dan tepukan oleh pengunjung. Ini menyebabkan pengunjung merasa seronok  melihat tanglung bertaburan di udara dan melayang-layang  mengikut arah  angin.

Disepanjang jalan Kampung Cina dan dataran kembar Pulau Warisan dihiasi tanglung tradisional dan moden dengan pelbagai bentuk dan warna. Penglibatan semua kaum dalam perlepasan dan perarakan tanglung telah memaparkan semangat 1 Malaysia yang sama-sama berkongsi  kebudayaan secara bersama.

Photo disumbang oleh Abang  Nomey.

Lain-lain info - sila klik

Hotel

Agensi Pelancongan

Teksi

Bas

Tiada ulasan: