Rabu, 18 Ogos 2010

Pulau Warisan Buatan Manusia

Pulau Warisan yang terletak di Kampung Cina menjadi mercu tanda yang baru selepas Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man. Projek yang bernilai RM61 juta ini akan menempatkan bahan kebudayaan, kesenian dan makanan tradisional Terengganu.
Pulau buatan manusia seluas 6 hektar akan mempamer senibina Tradisional Terengganu dengan binaan lakaran bunga awan larat, buah guntong dan paleh. Kedai-kedai menjual songket, tembaga, kraf dan ayaman tradisi Terengganu akan dibina di pulau ini.
Di tengah pulau ini terdapat sebuah terusan untuk memudahkan bot-bot seperti perahu dan penambang untuk ke pulau ini. Sebuah jeti untuk mengambil dan menghantar pelancong yang menyusuri sungai Terengganu (river cruise) juga terdapat di terusan air ini. Pulau ini akan menjadi satu destinasi singgah aktiviti menyusur sungai (river cruise) yang bermula Taman Tamadun Islam.
Gambaran udara sumbangan Hock Teck Tan menunjuk Pulau Warisan telah siap penambak tanah untuk menjadi sebuah pulau buatan manusia

INFO

Lokasi
Dari Hotel Seri Malaysia ke Pasar Besar Kedai Payang


Penginapan
Seri Malaysia Hotel
Lot 1640 Jalan Hiliran (Balik Bukit),
20100 Kuala Terengganu, Terengganu.
Tel: 09-6236454
Faks: 09-6238344
Laman Web: http://www.serimalaysia.com.my
Emel: smtgg1@yahoo.com

K.T Travellers Inn
201, 1st Floor, Jalan Sultan Zainal Abidin,
20000 Kuala Terengganu, Terengganu.
Tel: 09-6223666
Faks: 09-6232692

Sahara View Apartment
74 & 75, Tkt 2 & 3, Jalan Banggol,
20100 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6252299, 09-6262229
Faks: 09-6242299


Lain-lain info - sila klik

Hotel

Agensi Pelancongan

Teksi

Bas

Tiada ulasan: