Sabtu, 28 Ogos 2010

Jumpa Marina Di Pantai

Pantai Marina yang terletak di daerah Kemaman merupakan pantai yang selalu dikunjungi oleh pelancong. Pantai yang mengadap Kuala Kemaman mempunyai panaroma yang cantik dan menarik. Di sini juga terletak telaga simpul.
Tempat permainan kanak-kanak disediakan bagi memudahkan anak-anak kita bermain dengan penuh kegembiraan. Sambil kita menjamu selera, sambil melihat anak-anak kita bermain dengan seronok.
Pondok-pondok yang terletak di pantai adalah tempat kita beristirehat bagi menenangkan fikiran dan menghirup udara yang bersih. Bekalan makanan yang kita bawa dari rumah boleh dihidangkan di pondok ini dan kita makan beramai-ramai. Memang menyeronokkan!
Pantai ini sesuai untuk pelancong yang suka menghayati keindahan alam dan anda akan merasa terleka apabila melihat bot-bot nelayan yang baru balik dari laut dan bot-bot tradisional yang sedang berlabuh. Kepada kaki pancing ,   inilah  tempat yang sesuai untuk melontar kail.
INFO

Lokasi
Melalui Jalan Lama Kijal ke Perwaja dan selepas Perwaja anda akan ternampak Papan tanda Pantai Marina & Telaga Simpul. Jika dari arah Cukai selepas Kem Askar dan selepas menurun bukit.

Jarak
160 km dari Kuala Terengganu
15 km dari Kemaman

Penginapan

New Sri Buana Hotel
No. K-293, Jalan Abdul Rahman,
24000 Kemaman, Terengganu
Tel: 09-8592706
Faks: 09-8593575

Seaview Hotel
K 114, Jalan Sulaimani,
24000 Kemaman, Terengganu
Tel: 09-8596337, 09-8596322
Faks: 09-8596323

Strawberry Kijal Resort Apartments
Lot 2865, Teluk Senajang,

Mukim Kijal,
24100 Kemaman,
Terengganu

Tel: 09-8623402, 09-8623403
Faks: 09-8623402, 09-8623403

Awana Kijal Apartment
No. 4A, Persiaran Bunga Melor,
Pantai Kijal, KM28, Jln Chukai-Dungun,
24100 Kijal, Kemaman, Terengganu
Tel: 09-8649612
Faks: 09-8649655

Awana Kijal Golf, Beach & Spa Resort
KM28, Jln Dungun-Kemaman,
24000 Kemaman, Terengganu
Tel: 09-8641188
Faks: 09-8641688
Laman Web: http://www.awana.com.my
Emel: awanakij@tm.net.my

Pengangkutan
Teksi, bas dan kenderaan sendiri

Perhentian Teksi Jalan Sulaimani,
24000 Kemaman, Terengganu
Tel: 09-8591773

Persatuan Kebajikan Pemandu-pemandu Kereta Sewa/Teksi
Lapangan Terbang Kerteh,
24300 Kerteh, Kemaman
Tel: 09-8262108

Stesen Kereta Sewa Dungun
23000 Dungun, Terengganu
Tel: 09-8481744

Perhentian Teksi/Kereta Sewa Jalan Masjid Abidin
(Depan Pustaka Intan, Stesen Bas MBKT)
20100 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6242694

Keistimewaan

Berhampiran dengan Telaga Simpul, Pantai Penunjuk (20 minit perjalanan) dan Pantai Teluk Kalong (15 minit perjalanan).

Lain-lain info - sila klik

Hotel

Agensi Pelancongan

Teksi

Bas

Tiada ulasan: